Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran & Sarjana Tahun 2010


Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuka tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi melanjutkan pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Intitusi Pengajian Tinggi Awam dalam negara.

Permohonan secara on-line boleh dibuat melalui laman web KPM iaitu http://www.moe.gov.my mulai 18 Januari 2010 hingga 17 Februari 2010.  Syarat-syarat kelayakan dan tatacara permohonan boleh diperolehi daripada laman web tersebut.

Sekian, terima kasih.

- Bahagian Tajaan Pendidikan -

About these ads

16 thoughts on “Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran & Sarjana Tahun 2010

  1. Guru2 sgt bersemangat belajar demi meningkatkan taraf pendidikan sendiri di samping memperkukuhkan kemahiran utk mendidik anak2 bangsa. KPM sendiri amat menggalakkan guru2 supaya menyambung pengajian di peringkat yg lebih tinggi. Tapi bila sampai masa seseorang guru itu dapat sambung belajar, masalah pun timbul terutamanya di bahagian pentadbiran sekolah dan juga masalah kewangan. Cuti belajar bergaji penuh diwar-warkan dgn begitu gah, guru2 mula rasa gembira. Tapi hakikatnya adalah sangat sukar utk mendapatkan kelulusan cuti belajar bergaji penuh. Kdg2 ada guru yg tpaksa melupakan hasrat utk belajar hanya kerana kesempitan wang. Apa yg berlaku sebenarnya? Kalau begini keadaannya, usahlah diiklankan tentang program sambung belajar ni kerana guru2 tak dapat juga sambung belajar disebabkan masalah kewangan.

  2. saya bersetuju dengan pendapat cikgu rohimah…situasi yg saya hadapi juga sama. pada pandangan saya sepatutnya pihak KPM lebih terbuka dalam memberi kelulusan cuti belajar bergaji penuh kepada guru-guru yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana ataupun PhD…

    untuk bercuti belajar tanpa gaji, adalah satu yang mustahil. saya sendiri tidak mengharapkan wang hadiah latihan persekutuan…cuma saya berharap agar permohonan cuti belajar bergaji penuh ini dibuka sepanjang tahun. dan KPM haruslah memberi peluang seluas-luasnya untuk guru-guru meningkatkan taraf akademik sendiri bagi mendidik anak bangsa

  3. Saya telah berjaya dalam permohonan mengikuti pengajian di peringkat PHD di USM ambilan 2011 dan saya berhasrat untuk membuat pengajian secara penuh masa, malangnya apabila saya menghubungi pihak KPM saya dimaklumkan bahawa tarikh permohonan cuti belajar bergaji penuh telah ditutup pada bln February sedangkan saya baru terima surat tawaran pada bulan Jun. Bagaimana hendak memohon cuti belajar sedangkan saya belum mendapat tempat di universiti.Pegawai tersebut memberi cadangan untuk memohon pada tahun 2012 itupun jika masih ada tawaran cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa oleh KPM atau saya boleh memohon cuti tanpa gaji. Saya bukannya kaya untuk cuti belajar tanpa gaji malah tidak ada sponsor dari mana mana pihak cuma yang ada semangat untuk belajar demi mendidik anak anak bangsa sahaja.

    • Setuju dgn Rohimah, saya pun baru mendapat tawaran di USM untuk ke peringkat Phd ambilan 2011, dan telah pun mendaftar pada 5 Ogos yang lalu. Harapan agar dapat membuat permohonan cuti beljar bergaji penuh. Di harap pihak Kementerian akan ada 2 kali permohonan, kali pertama pada Januari dan kali ke dua pada bulan Jun. Terima kasih.

  4. Sy ingin smbung belajar PhD ke luar negara- Edinburgh University. Sekiranya sy dpt tajaan selain KPM , apakah jenis cuti yg perlu sy ambil?

  5. sy ingin tahu adakah tawaran ini masih ade?sy sgt berminat utk melanjutkan pelajaran peringkat master di luar negara.bagaimana sy nk dapatkn borang?

    • Cikgu, kalau nak belajar Master di luar negara kena apply Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa. Boleh rujuk Bahagian Tajaan KPM. Nak apply university mana tu?

  6. saya ingin th adakah untuk memohon cuti belajar bergaji penuh perlu tunggu tarikh pemohonan secara online dibuka atau ada cara menual iaitu mengisi borang?

  7. saya berusia 47 tahun. Kalau tawaran belajar buat masters tak boleh ambil cuti ke
    terutama kalu dapat biasiswa u luar negara?

    • Cikgu, kalau berminat untuk buat Master di luar negara dan ditawarkan biasiswa dari mana-mana agensi selain KPM dan JPA, bolehlah apply Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa. Cikgu nak sambung Master di universiti mana?

  8. program sebegini amat dialu-alukan oleh para PPPS kerana cuti belajar bergaji penuh membolehkan guru menumpukan sepenuh perhatian atas pelajaran tanpa menhadapi bebanan kerja sekolah. walaubagaimanapun, dukacita dimaklumkan bahawa program ekonomi tiada dalam senarai program yang ditawarkan. Saya sebagai Guru Akademik Tingkatan Enam yang mengajar subjek Ekonomi amat mengharapkan pihak penganjur membuka peluang kepada guru seperti saya untuk menimba ilmu yang lebih mendalam dalam bidang yang diminati. Guru yang berdedikasi dan betul-betul minat dan berilmu dalam subjek diajar pasti akan membantu pelajar mencapai keputusan yang cemerlang. Ini telah terbukti dalam keputusan STPM sekolah saya baru-baru ini, di mana pelajar subjek Ekonomi yang memperolehi A adalah sebanyak 92.7% !!! Saya amat berharap ilmu yang ada pada saya dapat dipertingkatkan lagi melalui program dari pihak penganjur. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s