Semakan Tawaran Tingkatan 6


Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 sudah boleh membuat semakan tawaran ke Tingkatan 6 Bawah bagi tahun 2012 .

Tawaran ke Tingkatan Enam ini diberi kepada mereka yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Buat masa ini tiada maklumat mengenai syarat tersebut dikeluarkan tetapi anda boleh rujuk Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 sebelum ini sebagai panduan umum.

Semakan Tawaran Tingkatan 6

Semakan ke Tingkatan 6 ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu;

1. Melalui laman web KPM di Semakan Tawaran Tingkatan 6 2012.

2. Secara sms dalam format MOET6No.MyKad dan hantar kepada 15888.

Pendaftaran Tingkatan 6

Pendaftaran pelajar baru Tingkatan Enam Bawah tahun ini adalah pada 8 Mei 2012 .
Mereka yang terpilih perlu mencetak surat tawaran secara online dan membawanya semasa mendaftar nanti.

Rayuan Tingkatan 6

Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK.
Syarat-syarat untuk membuat rayuan belum dimaklumkan tetapi sebagai panduan umum boleh rujuk yang dikeluarkan sebelum ini di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6.

Pertukaran Jurusan

Mereka yang ingin menukar jurusan yang ditawarkan perlu membuat permohonan.
Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua Sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

Pertukaran Sekolah

Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa.

PLKN

Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus PLKN dan telah mendapat tawaran Tingkatan 6 perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan untuk pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN.

Matrikulasi

Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.

Maklumat

Sila rujuk komen-komen di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010, Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah 2010, 2011 dan Pandangan Mengenai Tingkatan Enam sebagai panduan.
Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau mana-mana sekolah yang ada menawarkan kelas Tingkatan 6.
Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s