Perutusan Awal Tahun Sesi Persekolahan Tahun 2010 oleh Ketua Pengarah KPM


Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom

Ketua Pengarah KPM; Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua warga pendidik serta murid-murid sekolah.

Guru-guru serta Murid-murid yang dikasihi sekalian,
Izinkan saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan memulakan lembaran baru pada sesi persekolahan 2010. Kepada guru-guru, sambutlah anak-anak didik kita ini ke alam sesi persekolahan yang baru dengan minda yang terbuka dan dengan penuh iltizam untuk membentuk mereka menjadi insan yang cemerlang seperti yang diharapkan oleh ibu bapa mereka dan negara.
Kepada murid-murid sekalian, ingatlah, sebagai generasi pewaris negara usaha murni menuntut ilmu dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti baik di dalam bilik darjah mahupun gerak kerja di luar bilik darjah adalah satu usaha membentuk personaliti, ketrampilan diri dan jati diri sebagai anak Malaysia. Ibu bapa, guru, masyarakat bahkan negara akan sama-sama berasa bangga apabila murid-murid berjaya dalam pelbagai bidang yang dipelajari di sekolah.
Saya menyeru kepada semua murid rebutlah peluang dan segala kemudahan yang disediakan di sekolah untuk menyiapkan diri sebagai orang yang berilmu, beramal dan menyumbang kepada kemajuan diri, masyarakat dan negara. Modal insan yang cemerlang tidak dapat dilahirkan dalam sekelip mata, bahkan ianya adalah usaha yang berterusan yang perlu dipupuk, dibimbing dan diasah bakat seperti kata pepatah, melentur buluh hendaklah dari rebungnya. Pepatah juga mengatakan, “Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat”. Maka sebagai murid, anda semua yang seharusnya berusaha untuk menjadi orang yang berpelajaran kerana pencapaian dalam masa persekolahan merupakan kenangan yang paling manis untuk diimbau kelak.
Para guru dan murid  sekalian,
Yang muda dikasihi, yang tua dihormati adalah satu perpatah yang perlu dipegang oleh semua guru dan murid-murid. Guru selaku suri teladan perlulah menunjukkan kasih kepada anak-anak murid mereka. Guru sabagai satu personalia seharusnya dapat menggunakan kebijaksanaan untuk menyentuh jiwa dan perasaan semua murid semasa berkomunikasi dua hala supaya ianya ibarat kata-kata yang terpahat di batu, kekal dalam ingatan, dan tidak hanya menjadi tulisan di atas pasir, yang hilang apabila  di tiup angin.
Dalam alaf nano teknologi ini, semua pendidik perlu menyiapkan diri untuk mengemaskinikan semua fakta dan ilmu yang hendak disampaikan dalam mata pelajaran masing-masing. Gunakanlah kemudahan teknologi komunikasi maklumat untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan satu peristiwa yang sangat menyeronokkan kepada semua murid, bahkan para guru juga turut memperoleh pengalaman dan pengetahuan semasa berinteraksi dengan murid-murid.
Sebagai pendidik, semua guru harus menjiwai profesion ini kerana ianya merupakan satu profesion amat mencabar. Kalau seorang tukang jahit salah menjahit baju, hanya sehelai baju yang rosak tetapi jika seorang pendidik salah memberi didikan, kesannya adalah kepada satu generasi pewaris negara. seperti yang diungkapkan oleh Allahyarham Dato’ Usman bin Awang (1979), “Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki, Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi”
Saya ingin menyeru kepada guru untuk memberi dedikasi, komitmen, dan keprihatinan yang tinggi kepada semua anak-anak didik. Guru selaku orang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dapat mengenal pasti potensi dan bakat yang ada dalam setiap anak murid. Maka guru perlu menggembleng tenaga dan kepakaran untuk menggunakan maklumat ini bagi menggilap bakat dan memperkukuhkan potensi diri murid-murid untuk berjaya dalam semua bidang yang diceburi serta mengimbangi perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi.
Para guru dan murid sekalian,
Dalam memastikan kualiti pendidikan dan perkhidmatan yang disampaikan kepada murid-murid, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan empat perkara sebagai fokus utama dalam bidang keberhasilan utama; iaitu Perluasan Prasekolah, Literasi dan Numerasi (Linus), Sekolah Berprestasi Tinggi, dan New deals for principals. Maka semua warga pendidik perlu menyambut perubahan yang sedang berlaku ini dengan tangan terbuka dan minda yang positif (positive mind-set) bagi memastikan semua yang di rencana dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan membuahkan hasil yang menunjukkan peningkatan dalam kualiti pendidikan di negara ini. Guru sebagai sumber ilmu perlu memantapkan diri melalui pendidikan berterusan. Penyertaan guru dalam pelbagai wacana dan forum serta kegiatan di pusat-pusat kegiatan guru adalah satu usaha yang berterusan dan perlu difokuskan untuk menambah ilmu serta pengetahuan kerana guru bukan saja sebagai penyampai ilmu bahkan orang yang bertanggungjawab untuk membentuk kaedah pemikiran positif dalam kalangan anak-anak murid. Pepatah ”jangan diberi ikan, tetapi ajarlah memancing ikan” adalah satu pepatah yang sangat hampir dengan profesion perguruan.
Para guru dan murid-murid yang saya kasihi,
YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran menyarankan sukan perlu diperkasakan. Maka bagi mencapai hasrat tersebut para guru dan murid-murid seharusnya bergiat aktif dalam pelbagai bidang sukan mahupun aktiviti kokurikulum sebagai usaha membudayakan gaya hidup sihat dan juga kecemerlangan sukan untuk negara.
Kepada murid-murid yang baru sahaja berjaya dalam peperiksaan UPSR dan PMR, saya mengucapkan tahniah dan teruskan perjuangan anda dalam usaha mencari ilmu dan pengalaman. Bagi murid-murid yang baru memasuki Tahun 1, jangan risau dan bimbang kerana seperti kakak dan abang-abang anda, sudah pasti pengalaman persekolahan akan menjadi satu yang menyeronokkan kerana anda akan memperoleh ramai kawan-kawan baru serta mendapat ilmu pengetahuan yang amat berguna sebagai persiapan menghadapi hari muka.
Harapan saya, kepada semua guru dan murid, marilah kita bersama-sama berusaha untuk memajukan diri, masyarakat dan negara dalam semangat gagasan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan”.
Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
4 Januari 2010, bersamaan 18 Muharam 1431

One thought on “Perutusan Awal Tahun Sesi Persekolahan Tahun 2010 oleh Ketua Pengarah KPM

  1. SALAM 1 MALAYSIA. SAYA INGIN MEMBERITAHU TENTANG KETERLALUAN PERANGAI YANG MELAMPAUI BATAS yang DILAKUKAN OLEH GURU

    BESAR SJK T CONVENT,SEREMBAN.GURU BESAR ILAVENI YANG DIPILIH SEBAGAI GURU BESAR CEMERLANG PADA TAHUN 2009 TELAH

    MENGGUNAKAN KATA-KATA KASAR DAN MELUKAKAN HATI GURU-GURU SETIAP KALI MESYUARAT GURU DIADAKAN. GURU-GURU SJK T

    CONVENT PUN MENDIAMKAN DIRI SAHAJA ATAS SEBAB TIDAK MAHU HUBUNGAN KAMI DENGANNYA TERJEJAS. SAMPAILAH PERANGAINYA

    SUDAH MELAMPAUI BATAS MESYUARAT PADA TAHUN DISEMBER 2010 DAN MESYUARAI KALI KE-2 FEBRUARI 2011. RAMAI GURU

    MENGALAMI TEKANAN AMAT MENDALAM. PERTAMA PADA TAHUN DISEMBER 2010, TELAH MEMAKSA KAMI UNTUK DATANG KE SEKOLAH

    BERTURUT-TURUT PADA BULAN DISEMBER. BAGI MENGHANTAR MINIT MESYUARAT AKHIR 2010, SEMUA GURU PANITIA HARUS DATANG KE

    SEKOLAH DAN MEMBERI KEPADANNYA. TIDAK BOLEH GURU LAIN MEMBANTU GURU LAIN UNTUK MENGHANTAR MINIT MESYUARAT. INI

    IALAH ARAHAN GURU BESAR ILAVENI. GURU-GURU YANG TIDAK BERBUAT DEMIKIAN AKAN DIKENAKAN OLEHNYA MELALUI BORANG

    PRESTASI GURU-GURU DAN BAND GURU. GURU BESAR IAITU ILAVENI TELAH MENGUGUT SEMUA GURU DAN MENGGUNAKAN KATA-KATA

    KASAR (TIDAK BOLEH BERCAKAP OLEH SEORANG PROFESIONAL).AKIBAT PERBUATANNYA ADA SEORANG GURU DI KALANGAN KAMI TELAH

    MENGADU ISU INI KEPADA PPD UNIT SJK T(TAMIL)IAITU EN.MADHAVAN. BELIAU TIDAK MENGAMBIL APA-APA TINDAKAN. MALAH DIA

    DATANG KE SEKOLAH KAMI DAN MEMBERITAHU TINDAKAN GURU BESAR ADALAH BETUL DAN DIA TELAH MEMBERITAHU KEPADA SEMUA GURU

    SUPAYA MENDIAMKAN DIRI DAN BUAT KERJA KAMI SEPERTI DISURUH OLEH GURU BESAR ILAVENI.JUGA, EN. MADHAVAN MEMBERITAHU

    KEPADA KAMI DAN JUGA DI LUAR IAITU SJK T CONVENT,SEREMBAN ADALAH PUSAT PEMULIHAN GURU-GURU. INI KERANA, DARI

    SEKOLAH INI SATU KOMPLAIN PUN TIDAK PERGI KE PPD. EN.MADHAVAN TELAH MENYOKONG GURU BESAR ILAVENI SERATUS PERATUS.

    JADI KAMI TIDAK BOLEH BUAT APA-APA.JADI GURU DI KALANGAN KAMI TERSEBUT TELAH MENGADU KEPADA PENGARAH. BARULAH 2

    ORANG PEGAWAI DATANG KE SEKOLAH UNTUK PENYIASATAN. SEORANG PEGAWAI MEWAKILI SJK T DAN SEORANG LAGI PEGAWAI MEWAKILI

    SJK C. MEREKA BERDUA MENYIASAT LALU MEMBERITAHU KEPADA KAMI, SEORANG GURU PERLULAH MEMBERI SOKONGAN KEPADA GURU

    BESAR. BARULAH SEKOLAH AKAN MENDAPAT NAMA BAIK. MEREKA BERDUA(PEGAWAI)MEMBERITAHU BAHAWA GURU BESAR TIDAK PERNAH

    BERKATA BEGITU. MEREKA BERTANYA SEKALI LAGI KEPADA GURU BESAR ILAVENI DI DEPAN KAMI. ILAVENI MEMBOHONG DI DEPAN

    KAMI. WALAUPUN DIA BOHONG KAMI SEMUA BERDIAM SAHAJA. INI MENUNJUKKAN KAMI MASIH MENYOKONG GURU BESAR KAMI. TETAPI

    GURU BESAR ILAVENI TIDAK MENGENAL BUDI. INI KERANA, SEKALI LAGI FEBRUARI 2011 MESYUARAT KALI KE-2, GURU BESAR

    ILAVENI MEMAKI HAMUN SEMUA GURU DENGAN SESUKA HATI. BUKAN SEORANG DUA ORANG SEMUA GURU TELAH DIMAKI HAMUN DAN

    MELUKAKAN HATI GURU-GURU DENGAN MENGGUNAKAN KATA-KATA KASAR. SEBAGAI CONTOH, “KURANG AJAR”,”TIDAK MALU”, “TIADA

    AKAL KE?”, MENGANDUNG ITU BUKAN PERKARA BIASA”, “JAGA-JAGA”,”TAK TAHU MACAM MANA AJAR KE”, “KAMU SEMUA UMPAMA

    KOSONG”,”MAKTAB MANA KAMU BELAJAR”,”AKAL TIDAK BOLEH BEKERJA LAGI KE” DAN MACAM-MACAM LAGI. PADA MESYUARAT ITU

    SEORANG GURU SAHAJA TANYA BALIK APAKAH MASALAHNYA DIA TERUS MEMAKI GURU TERSEBUT. APA YANG KAMI MENDAPATI IALAH DIA

    TIDAK LAGI BOLEH BERFIKIR DENGAN WARAS.KAMI SANGAT BERHARAP PIHAK TUAN/PUAN MENYIASAT KES TERSEBUT SECEPAT MUNGKIN.

    KALAULAH TUAN/PUAN TIDAK MENYIASAT DENGAN ADIL KAMI SEBULAT AKAN MOGOK DENGAN TIDAK BEKERJA DI BAWAH GURU BESAR

    ILAVENI. ANTARA SEBAB-SEBAB ADALAH BERIKUT:-
    1. GB ILAVENI TIDAK TAHU BERCAKAP DENGAN BERSOPAN SANTUN
    2. GB ILAVENI GAGALMENERUSKAN HUBUNGAN BAIK ANTARA GURU DAN IBU BAPA.
    3. GB ILAVENI BERCAKAP KASAR KEPADA GURU-GURU MAHUPUN IBU BAPA.
    4. GB ILAVENI TIDAK MAHU MENDENGAR CADANGAN GURU-GURU YANG MENGAJAR KELAS BAHASA TAMIL.
    5. GB ILAVENI MELAKUKAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG BERCANGGAH DENGAN KBSR.
    6. GB ILAVENI MENYURUH SEMUA GURU MENGAJAR B.TAMIL SEPERTI YANG DISURUH OLEHNYA.IAITU DALAM 5 HARI WAKTU MENGAJAR

    BAHASA TAMIL, GURU-GURU BAHASA TAMIL HARUS MENGAJAR 2 AKTIVITI KEFAHAMAN, 2 AKTIVITI TATABAHASA, 2 AKTIVITI

    KARANGAN, 8 SOALAN MEMBINA AYAT. DI MANA KAMI TIDAK DAPAT MELALUKAN DALAM 5 HARI.
    7. INI TELAH BERCANGGAH DENGAN KBSR YANG DIPERKENALKAN OLEH KPM. INI KERANA KAMI TIDAK DAPAT MENGIKUT KEMAHIRAN

    SEPERTI YANG TERTERA DALAM KBSR.
    8. SEKOLAH INI TELAH MENJADI PUSAT TUISEN DAN BUKAN LAGI SEKOLAH YANG DIINGINKAN OLEH KERAJAAN.
    9. SEBAGAI SEORANG GURU BERWIBAWA TIDAK BOLEH MENGAJAR SEMUA KEMAHIRAN DENGAN SEKALIGUS DAN TIDAK BOLEH MENGAJAR

    KEMAHIRAN LAIN SEDANGAN KEMAHIRAN LALU TIDAK DIKUASAI OLEH MURID-MURID DENGAN SEPENUHNYA.
    10. ARAHAN GB ILAVENI INI DISOKONG PENUH OLEH GPK JEYANTHI,KETUA PANITIA BAHASA TAMIL SARATHA DEVI.
    11.GB ILAVENI MEMBAWA ROTAN DAN MEMUKUL MURID-MURID DENGAN SESUKA HATI. TERUTAMANYA MURID-MURID YANG BERKELUARGA

    BERPENDAPATAN RENDAH.
    12. GB ILAVENI TIDAK SENTUH ATAU PUKUL KELAS-KELAS M(MELUR)KERANA MEREKA SEMUA BERKELUARGA BERPENDAPATAN TINNGI.
    13. AKIBAT DARIPADA KES MAHESWARAN, DI MANA IBU BAPA MAHESWARAN MENDAKWA GB ILAVENI ATAS PERBUATANNYA KEPADA ANAK

    MEREKA.
    14. GB ILAVENI ADALAH BENDAHARI KEPADA “MUTAMIL VILA”. DIA DITUGASKAN MENGUTIP DERMA DARIPADA SEMUA SEKOLAH.
    15. UNTUK MENDAPAT NAMA BAIK GB ILAVENI TELAH MENGUTIP DERMA DENGAN MENGGUNAKAN ROTAN DAN MEMAKSA MURID-MURID

    MEMBAYAR DERMA UNTUK “MUTAMIL VILA” 2010.
    16. GB ILAVENI MEMILIH KASIH GURU KALAU DIA SUKA KEPADA MEREKA.”MEREKA” AKAN DAPAT “SEMUA”. DAN JUGA DIA AKAN

    “PINPOINT” GURU YANG DIA TIDAK SUKA.GURU ITU AKAN DIKENAKAN DENGAN SECUKUP-CUKUPNYA.
    17. GB ILAVENI GAGAL MENINGKATKAN PRESTASI GURU-GURU DENGAN MEMOTIVASIKAN MEREKA.
    18. GB ILAVENI SUDAH MENJADI GB SELAMA 5 TAHUN BERTURUT-TURUT DI SEKOLAH INI(SJK T CONVENT) MASIH TIDAK TAHU

    MENYELESAIKAN MASALAH DI ANTARA GURU-GURU DENGAN IBU BAPA DENGAN POSITIF.
    19. SEMUANYA AKAN DILAKUKAN OLEH EN.SANGKAR IAITU PENYELIA PETANG. BELIAU MENYELESAIKAN MASALAH DENGAN POSITIF.
    20. KAMI SEBULAT TIDAK MAHU BEKERJA DI BAWAH GB ILAVENI YANG TIDAK TAHU MENGHARGAI JASA GURU-GURU KEPADA SEKOLAH

    INI.

    AHIR KATA, KAMI BUKAN PEKERJA AWAM, KAMI ADALAH GURU PROFESIONAL YANG HARUS DIBERI PENGHORMATAN BUKAN MEAMKI KAMI

    DENGAN SESUKA HATI.

    SALAM SATU MALAYSIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s