Kolej Matrikulasi Johor Mempercepatkan Proses Kemasukan Elaun


KOSMO bertarikh 2 Januari 2010 – DIMINTA PIHAK KOLEJ MATRIKULASI JOHOR MEMPERCEPATKAN PROSES KEMASUKAN ELAUN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar KOSMO bertarikh 2 Januari 2010 (Diminta pihak Kolej Matrikulasi Johor mempercepatkan proses kemasukan elaun).

Bahagian Matrikulasi, KPM amat prihatin terhadap pengurusan kebajikan pelajar dan sentiasa mempertingkatkan perkhidmatan yang diberikan. Ini termasuklah mengurus pemberian elaun kepada pelajar.

Untuk makluman, semua kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula memproses elaun pelajar seawal 16 November 2009 dan pengeluaran wang melalui bank boleh dibuat mulai 4 Disember 2009.

Berdasarkan kepada isu yang dibangkitkan, satu siasatan telah dijalankan pada 5 Januari 2010. Pihak Kolej Matrikulasi Johor mendapati tiada keciciran berlaku setelah disemak buat kali ke tiga. Sebagai maklumat tambahan, proses semak semula (2 kali) ini merupakan proses rutin dalam sistem pembayaran elaun pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Matrikulasi, KPM memohon SABAR MENANTI berjumpa terus kepada pentadbiran Kolej bagi merujuk kepada perkara ini.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

7 JANUARI 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s