Penduduk Dakwa Sekolah Dibina Tidak Mengikut Syarat


KOSMO bertarikh 21 Disember 2009 – PENDUDUK DAKWA SEKOLAH DIBINA TIDAK MENGIKUT SYARAT

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar KOSMO bertarikh 21 Disember 2009 (Penduduk dakwa sekolah dibina tidak mengikut syarat).

KPM telah mengambil maklum tentang perkara ini iaitu terdapat keretakan rumah setelah perlaksanaan cerucuk dan terdapat bahan buangan binaan ke atas bumbung rumah dan telah mendapat ulasan daripada Arkitek tentang perkara ini dan dimaklumkan bahawa:

1.    Keretakan bangunan di dapati telahpun berlaku sebelum perlaksanaan cerucuk. Gambar sebelum piling dilaksana telahpun diambil oleh pihak kontraktor.

2.    Bahan buangan tidak pernah di timbulkan oleh penduduk setempat, namun pihak kontraktor telahpun menyediakan ‘hoarding’ 7’ 0” dan jaring keselamatan pada perantara bangunan tersebut.

3.    Didapati juga sebahagian dari ‘apron rumah’ tersebut telah memasuki tanah sekolah (berdasarkan pelan survey). Anjakan bangunan dengan tapak adalah sebanyak 3100mm dengan sempadan lot tepi.

Kementerian telah mengambil tindakan segera susulan daripada perkara ini:

1.    Pihak kontraktor telahpun di arah bagi melaksanakan :

·         Netting pada ruang terlibat sepertimana yang dikehendaki oleh pihak DOSH

·         Menyediakan semula hoarding yang telah dibuang bagi kegunaan penduduk kampong di bahagian belakang (atas permintaan penduduk)

2.    Menepati kehendak pihak DOSH yang telah membuat lawatan pada hari Selasa 22/12/2009 iaitu ;

i)        Netting pada ruang terlibat

ii)        Hoarding menyeluruh

iii)        ‘worker’s safety procedure’

3.    Telah berbincang dengan wakil penduduk (En. Azmi) pada hari Khamis 24/12/2009 yang mana isu yang dibangkitkan adalah seperti berikut :

i.          Discharge point. Wakil penduduk bersetuju bagi mendapatkan ‘consent’ dari penduduk setempat bagi memberi ruang untuk pemaritan tanah.

ii.          Memohon mengekalkan laluan di tepi tapak projek dan tidak menutupi secara menyeluruh untuk laluan kampung belakang.

4.    Berbincang dengan tuan rumah bersebelahan pada lot yang sama pada 24/12/2009 yang mana isu buangan air sahaja dibangkitkan. Perkara ini telah diperjelas bahawa ‘perimeter drain’ akan dilaksanakan.

TINDAKAN JANGKA PANJANG

1.    Menyediakan ‘gutter’ pada ruang bersebelahan kediaman tersebut agar tiada limpahan air hujan memasuki rumah.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

7 JANUARI 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s