Penduduk Desak Sekolah Tinggal Diroboh


Berita Harian bertarikh 15 Disember 2009 – PENDUDUK DESAK SEKOLAH TINGGAL DIROBOH

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar dalam ruangan Berita dalam akhbar Berita Harian bertarikh 15 Disember 2009 (PENDUDUK DESAK SEKOLAH TINGGAL DI ROBOH).

Untuk makluman, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengarahkan agar bangunan ini dikosongkan kerana ianya tidak selamat digunakan akibat mendapan dan retakan yang berlaku pada bangunan sekolah ini.

Bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Danau Perdana mengalami masaalah mendapan yang mana sekolah/bangunan baru tidak selamat untuk dibangunkan di kawasan tersebut. Hasil daripada siasatan yang dilakukan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) ini juga turut mengarahkan agar bangunan tersebut dikosongkan segera.

Perkara ini sedang diperingkat timbangtara diantara pihak Kementerian dan pihak kontraktor. Memandangkan bangunan sekolah ini telah mengalami kegagalan struktur yang teruk dan tidak selamat digunakan, satu sekolah baru iaitu SK Desa Perdana sedang dibina dikawasan berhampiran dan dijangka akan beroperasi pada Tahun 2010. Namun dalam masa yang sama juga pihak KPM dan kontraktor yang dilantik mengambil tindakan timbang tara dan proses perbicaraan masih lagi dijalankan.

Walau bagaimanapun, KPM telah mengarahkan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terbabit mencari tapak lain untuk pembangunan sekolah berkenaan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

7 JANUARI 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s