Dihalau dari asrama


KOSMO bertarikh 6 Disember 2009 – DIHALAU DARI ASRAMA

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS dalam akhbar Berita KOSMO bertarikh 6 Disember 2009 (Dihalau dari asrama – SMK TUNKU ABDUL MALIK, ALOR SETAR).

Tindakan yang telah diambil oleh Pihak Sekolah:

–           Pihak sekolah meminta pelajar balik dan datang semula sehari sebelum peperiksaan mereka berlangsung samada pada 7/12/09, 8/12/09, 9/12/09 atau 10/12/09. Ini untuk mengelakkan pelanggaran disiplin yang lebih membimbangkan pihak sekolah terutamanya di kalangan 26 orang pelajar bukan asrama yang menumpang di asrama.

–           Tidak wujud isu perselisihan faham di antara pelajar dengan warden, cuma wujud kekeliruan maklumat sebarnya.

–           Pihak sekolah telah menyedari isu pelanggaran disiplin dan kawalan akan berlaku kerana waktu peperiksaan berbeza dan mereka tidak patut tinggal di asrama sepanjang masa sehingga tamat peperiksaan. Tetapi pihak sekolah tetap memberi ehsan kepada pelajar-pelajar yang menghadapi banjir dan masalah belajar di rumah untuk tinggal di asrama. Bayaran RM1.00 sehari dikenakan.

–           Pihak sekolah akan mengembalikan jumlah wang untuk hari mereka tidak berada di asrama. Pihak sekolah telah memungut RM31.00 daripada pelajar-pelajar ini. Waris-waris telah meminta kembalikan duit ini.

–           Pihak sekolah akan menghubungi semua pelajar yang terlibat supaya masuk semula ke asrama pada petang ini (6/12/09) atau petang esok (7/12/09) untuk menghadapi peperiksaan seterusnya.

–           Di dalam kedua-dua akhbar digambarkan pelajar-pelajar membawa beg untuk pulang. Mereka berbuat demikian, tanpa arahan kerana sepatutnya mereka akan meninggalkan terus asrama untuk sesi 2009 ini pada 10.12.2009. Mereka mengikut kawan apabila seorang kawan bawa beg, yang lain turut ikut. Pemberita masuk ke kawasan asrama bersama-sama waris. Kereta pemberita ditinggalkan di luar.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

7 DISEMBER 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s