Kaji semula syarat pengambilan KPLI


Harian Metro bertarikh 21 Disember 2009 – KAJI SEMULA SYARAT PENGAMBILAN CALON KPLI

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca, “RINA, Kuala Lumpur”, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang (Harian Metro bertarikh 21 Disember 2009 – KAJI SEMULA SYARAT PENGAMBILAN CALON KPLI).

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menghargai keprihatinan dan mengucapkan terima kasih berhubung pandangan pihak Siswazah Mengganggur.

Untuk makluman, bagi pengambilan KPLI ambilan Jun 2009 dan Januari 2010, dasar kementerian adalah melatih guru bagi mengisi keperluan sekolah di kawasan pedalaman Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia.

Kriteria pemilihan calon-calon berkenaan diputuskan di dalam Mesyuarat Tertinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Lulus dengan cemerlang Ujian saringan
  2. Ijazah yang tepat
  3. Diperakukan oleh panel temu duga
  4. Calon lelaki yang mencapai umur maksima 35 tahun
  5. Calon berasal dari kawasan pedalaman
  6. Calon berpengalaman sebagai GSTT
  7. Calon OKU, Orang Asli, dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
  8. Calon yang mempunyai bakat dan keistimewaan seperti berkebolehan bermain alat muzik.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa melaksanakan usaha penambahbaikan terhadap sistem dan prosedur pengambilan calon guru.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

7 JANUARI 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s