Gangguan air kerap berlaku di SMSTJ


Berita Harian bertarikh 4 Januari 2010 – GANGGUAN AIR KERAP BERLAKU DI SMSTJ

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “PAK CIK HERAN, Seremban, Negeri Sembilan” dalam ruangan Surat kepada Pengarang – Berita Harian bertarikh 4 Januari 2010 ( GANGGUAN AIR KERAP BERLAKU DI SMSTJ )

Pihak sekolah dan PIBG melalui KPM mengambil maklum masalah bekalan air ke asrama pelajar dan telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah tersebut. Berikut adalah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pihak sekolah:

1. Membuka semula saluran lama paip bekalan air dan menggantikannya dengan jenis G1 bersaiz 2 inci, ¾ inci dan 1 inci, termasuk fitting mengikut kesesuaian pengguna. Kerja-kerja ini telah dilaksanakan pada 28 November 2008.

2. Kerja-kerja penyelenggaraan Sistem Rumah Pam untuk bekalan telah dilaksanakan pada 6 Mac 2009.

Walau bagaimanapun, masalah masih wujud dan langkah seterusnya yang dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah:

1. Memohon peruntukan kewangan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia

2. Memohon bantuan kewangan daripada Ahli Parlimen Daerah Kuala Pilah

3. Meminta pihak JKR melakukan pemeriksaan atas pam air SMS Tuanku Jaafar pada 2 April 2009.

a. MAKLUM BALAS LANGKAH YANG TELAH DILAKSANAKAN:

1.    Pihak JKR mendapati bahawa :

·         Air dari tangki menara dapat disalurkan dengan baik ke bangunan-bangunan di kawasan sekolah kecuali asrama puteri.

·         Saluran paip yang disambungkan dari tangki menara ke bangunan asrama puteri berdiameter kecil.

·         Terlalu banyak penyambungan dilakukan ke atas saluran paip asal iaitu saluran paip dari tangki menara ke bangunan-bangunan lain yang menyebabkan tekanan air menjadi rendah.

·         Sistem pam automatik air telah rosak dan sistem kawalan perlu dilakukan secara manual.

2.    Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyalurkan peruntukan penyelenggaraan termasuk membaik pulih sistem bekalan air berjumlah RM 1.025 juta sepanjang tahun dan kerja-kerja menaik taraf dan penambahbaikan telah dilaksanakan oleh pihak sekolah pada bulan Ogos 2009.

3.    Peruntukan yang amat besar diperlukan untuk kerja-kerja penukaran keseluruhan sistem perpaipan (piping system) dan pengepaman (pumping system) supaya masalah ini dapat diatasi sepenuhnya.

4.    Masalah ini telah dikemukakan kepada pihak JKR dan kontraktor terlibat dalam Mesyuarat Tapak Projek RMK 9, yang melibatkan pembinaan bangunan tambahan sekolah dan asrama pada 30 Disember 2009 yang lalu.

5.    Pihak JKR dan kontraktor berkenaan telah bersetuju untuk menyelasaikan masalah ini dengan membina sistem perpaipan baru dari tangki utama ke asrama putera dan puteri.

Pihak sekolah yakin masalah ini akan dapat diatasi apabila kerja-kerja perpaipan tersebut selesai dilaksanakan. Tahap keselesaan pelajar di asrama dan di sekolah sentiasa diberi perhatian. Terdapat perkara-perkara di luar kawalan pihak sekolah yang memerlukan penglibatan pelbagai pihak untuk penyelesaian , seperti isu bekalan air ini. Walau bagimanapun pihak sekolah akan sentiasa berusaha untuk mencari penyelesaian.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

11 JANUARI 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s