Pengambilan tak selaras punca lebihan guru & lantikan guru lepasan ijazah ikut kekosongan


Berita Harian bertarikh 31 Disember 2009 & 3 Januari 2010 – PENGAMBILAN TAK SELARAS PUNCA LEBIHAN GURU & LANTIKAN GURU LEPASAN IJAZAH IKUT KEKOSONGAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 31 Disember 2009 & 3 Januari 2010 (PENGAMBILAN TAK SELARAS PUNCA LEBIHAN GURU & LANTIKAN GURU LEPASAN IJAZAH IKUT KEKOSONGAN).

Untuk pengetahun, isu lebihan guru tidak sepatutnya timbul kerana KPM telah membuat unjuran keperluan guru bagi bekalan Sekolah Menengah dan ianya dikemukakan kepada KPTM bagi tempoh 5 tahun mulai Ambilan 2007 – 2011. Walau bagaimanapun, semakan unjuran ambilan dibuat pada setiap tahun berdasarkan perkara-perkara berikut:

a.         Kelulusan Anggaran Belanja Megurus Perjawatan oleh agensi Pusat (JPA) yang diperolehi dari setahun ke setahun.

b.         Tambahan norma perjawatan 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas dan 2.0 kepada 2.5 guru bagi setiap kelas dibuat secara berperingkat-peringkat. Sehingga tahun 2010, tambahan norma 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas di peringkat Menengah telah diperolehi bagi Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 dan norma 2.0 kepada 2.5 guru bagi setiap kelas Tingkatan 6.

c.         Perubahan dasar dari semasa ke semasa yang memberi implikasi keperluan guru seperti peluasan pra sekolah dan memperkasa mata pelajaran Teknik, Vokasional dan Kemahiran.

Ada guru yang lewat atau sukar ditempatkan di sekolah-sekolah dan ianya berlaku disebabkan perkara-perkara berikut:

a.         Penempatan guru oleh BPSH, BPI, BPTV dan BP Khas dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kelompok graduan daripada pelbagai IPTA dan keperluan opsyen guru di sekolah. Hal ini berikutan ketidakseragaman tarikh tamat pengajian dan kelulusan Senat IPTA berkenaan. Untuk makluman akan terdapat Penempatan Lepasan Diploma Pendidikan dan B.Ed (TESL) pada 25 Januari 2010.

b.         Guru Lepasan IPTA perlu melalui temuduga dan Ujian INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan) sebelum dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih. Temuduga tersebut antara lain bertujuan memastikan guru-guru yang dilantik memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Guru yang mendapat CGPA terlalu rendah mungkin tidak akan dilantik.

c.         Perlantikan guru dibuat dengan memberi keutamaan kepada opsyen yang kritikal terlebih dahulu.

d.         Bagi peringkat rendah, sebilangan guru sukar/lewat ditempatkan berikutan keengganan Sekolah Jenis Kebangsaan menerima guru-guru yang tidak berkelulusan Mandarin walaupun bagi Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6). Sebagai contoh, terdapat lebihan 7,580 guru opsyen Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan sedangkan masih berlaku kekurangan 1,415 guru Bahasa Melayu di SJK(C) dan 545 guru Bahasa Melayu di SJK(T).

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

8 JANUARI 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s