Tempoh periksa kertas soalan tak setimpal bayaran


Berita Harian bertarikh 2 JANUARI 2010 – TEMPOH PERIKSA KERTAS SOALAN TAK SETIMPAL BAYARAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 2 JANUARI 2010 (TEMPOH PERIKSA KERTAS SOALAN TAK SETIMPAL BAYARAN).

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), KPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pemeriksa Lama, Alor Setar, Kedah yang telah menyumbangkan khidmat beliau untuk Lembaga Peperiksaan khususnya, dan Kementerian Pelajaran Malaysia umumnya, bagi memastikan calon-calon peperiksaan SPM memperoleh keputusan tepat pada masa yang ditetapkan selama ini. Sebagai pemeriksa lama beliau tidak jemu-jemu untuk berbakti demi masa depan anak-anak Malaysia dan juga mengakui bahawa wang bukan tujuan utama beliau menjadi pemeriksa.

Pihak LPM tidak pernah berhasrat untuk mempergunakan kerahan tenaga pemeriksa tanpa memikirkan bayaran yang setimpal. Namun untuk tahun 2009, tempoh peperiksaan SPM yang dimulakan pada 18 November 2009, iaitu seminggu lewat dari tahun lepas, masih mempunyai sasaran pengumuman keputusan yang sama dengan tahun-tahun sebelumnya, iaitu pada minggu kedua Mac 2010. Memandangkan kesuntukan masa untuk kerja-kerja memeriksa skrip calon SPM yang seramai 442,936 orang, yang mana kerja-kerja tersebut dilaksanakan sebaik sahaja peperiksaan itu berakhir, maka jadual pemeriksaan juga sangat ketat bagi membolehkan sasaran tarikh mengeluarkan keputusan peperiksaan SPM pada masa yang ditetapkan dapat dicapai. Oleh yang demikian, pihak LPM tiada pilihan melainkan memendekkan tempoh pemeriksaan supaya dapat memenuhi sasaran yang dihasratkan itu.

Pihak LPM telah menyusun jadual pemeriksaan supaya setiap pemeriksa tidak terbeban dengan bilangan skrip yang terlalu berlebihan. Untuk tahun peperiksaan SPM 2009, setiap pemeriksa diminta untuk menyiapkan penandaan 270 skrip dalam tempoh 13 hari dan secara purata, setiap pemeriksa harus menanda 20 hingga 21 skrip sehari. Situasi ini berbeza sedikit pada tahun 2008 di mana setiap pemeriksa SPM 2008 telah dibekalkan dengan 370 skrip dan tempoh pemeriksaan yang lebih panjang iaitu 20 hari. Secara purata, setiap pemeriksa harus menanda 18 hingga 19 skrip sehari. Ini adalah amalan yang telah dilaksanakan selama bertahun-tahun. Ini juga bermakna, secara bandingan, purata skrip yang perlu ditanda dalam sehari telah bertambah sebanyak 12%. Pertambahan ini telah dimaklumkan kepada semua pemeriksa yang dilantik supaya mereka menyedari keadaan tersebut dan merancang dengan baik tempoh pemeriksaan yang diberikan.

Pihak LPM amat prihatin terhadap aduan yang dikemukakan mengenai musim persekolahan yang sebaik-baiknya tidak diganggu dan pihak Lembaga Peperiksaan juga menyedari adanya skrip peperiksaan mata pelajaran yang disiapkan lewat sehingga menjangkau musim persekolahan 2010. Ini tidak dapat dielakkan memandangkan bahawa kertas peperiksaan berkenaan dijalankan pada pertengahan Disember 2009. Walau bagaimanapun, pemeriksa telah diberikan bilangan purata skrip yang sama seperti mata pelajaran yang lain.

Lembaga Peperiksaan sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan atau pendapat dalam usaha penambahbaikan pengendalian peperiksaan di Malaysia. Cadangan tuan untuk mengkaji semula kadar bayaran bagi pemeriksaan skrip akan diberi pertimbangan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

11 JANUARI 2010

4 thoughts on “Tempoh periksa kertas soalan tak setimpal bayaran

  1. salam kepada semua,

    tempat tuisyen saya ingin menawarkan ‘part – time job’ kepada semua pemeriksa kertas soalan SPM bagi subjek BM, BI, MATH, MATH (T), FIZIK, KIMIA, BIOLOGI, AKAUN, SAINS bagi semua pemeriksa yg berminat.

    tempat tuisyen saya terletak di pulau pinang di bahagian georgetown. kadar bayaran adalah RM30 – RM35 sejam. bagi yang berminat atau mempunyai kenalan yang mungkin ingin menyertai kami bolehlah berhubung dengan saya melalui 012- 4593084 atau 017 – 499 2872 atau di email noorjr79@streamyx.com.

  2. Saya tertarik dengan artikel surat dalam ruangan surat untuk pengarang iaitu Surat dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 2 JANUARI 2010 (TEMPOH PERIKSA KERTAS SOALAN TAK SETIMPAL BAYARAN).Saya juga merupakan seorang pemeriksa yang telah lama berkhidmat iaitu mulai tahun 1997.Memang tidak dinafikan apa yang diluahkan oleh guru tersebut ada betulnya.Jangkamasa yang diberikan dengan jumlah agihan skrip untuk setiap pemeriksa memang agak kritikal jika kita mahukan kualiti pemeriksaan yang terbaik diberikan terhadap jawapan pelajar.Dengan pelbagai kekangan yang ada pada seseorang guru , kaedah pengurusan masa yang cekap dan berkesan memang diperlukan dalam saat-saat seperti ini.Lebih-lebih lagi jika guru tersebut terlibat dengan perancangan tahunan di sekolah masing-masing.Antara amanah yang digalas sebagai pemeriksa dan amanah sebagai pengurus rumahtangga serta amanah di sekolah telah menyebabkan berlaku sedikit hambatan masa.Begitu juga dengan kadar bayaran yang diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.Ada kalanya tidak setimpal dengan jumlah soalan yang diperiksa bagi sesuatu subjek.Namun begitu,saya mengucapkan tahniah kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia kerana mengiktiraf kepakaran dan kehebatan seseorang guru sehinggakan diserahkan amanah yang berat ini.Saya yakin apa yang cuba dilakukan oleh LPM dalam menguruskan situasi ini adalah yang terbaik untuk semua pemeriksa.Memang tidak dinafikan setiap tahun akan ada pemeriksa yang akan dihambat oleh masa kerana atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Moga-moga untuk masa akan datang situasi ‘win-win’ perlulah dititikberatkan agar kualiti kerja pemeriksa dan LPM sehebat ISO.Selamat melaksanakan tugas dengan ikhlas dan penuh amanah serta bersungguh-sungguh.
    tempoh

  3. Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Isu bayaran bagi pemeriksa SPM perlu diselesaikan segera.PAda pendapat saya,kita tidak boleh mempertikaikan ilmu dan kemahiran yang ada pada penjawat awam yang bertungkus lumus memberi sumbangan untuk anak didik bangsa.Saya amat yakin,kerajaan kita akan dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin.Pelbagai faktor perlu di ambil kira, seperti jumlah skrip yang ditanda, tempoh masa bagi kertas yang ditanda perlulah DITELITI agar “standard” penandaan tidak terjejas. Isu tidak cukup jumlah pemeriksa juga perlu diambil kira (ramai yang tidak mahu menanda kertas peperiksaan umu Malaysia, kenapa?). Perlulah dikaji akan sebab ianya terjadi. Jawapan popular yang diberikan adalah kerana bayaran yang diberikan tidak setimpal. Maka, ramai yang mengambil sikap untuk tidak menanda kertas SPM kerana mereka lebih mengutamakan masa berkualiti untuk bersama ahli keluarga setelah bertungkus lumus mendidik anak bangsa. Cabaran sebagai pendidik amat besar.Kami bukan sekadar mendidik, malah membentuk sikap, peribadi dan sahsiah generasi mendatang.Aktiviti kokurikulum juga menjadikan pendidikan sekarang lebih “versatile” dan memerlukan kemahiran sampingan seperti aktiviti koko akademik (pidato,syarahan,kuiz dll) dan sukan dan permainan (menjadi jurulatih bagi semua jenis sukan). Ini semuanya terbeban di atas bahu pendidik. Saya amat gembira menjadi pendidik kerana jiwa dan minat saya saya sumbangkan kepada anak didik pelajar saya. Namun, saya rasa sudah masanya kita memikirkan untuk tidak terus menidakkan sumbangan pemeriksa kertas peperiksaan dan berilah yang terbaik untuk hasilkan sesuatu yang lebih gemilang. Kerajaan Malaysia boleh! Kita sama-sama buktikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s