Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2010


Penawaran Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibuka bermula 15 Januari 2010

Sila buat semakan di sini :

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Harap Maklum

Berikut surat siarannya.

PENGAMBILAN MURID TINGKATAN EMPAT (4)

KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2010

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.        Pada tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerima sebanyak 46,318 permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Empat (4) SBP bagi tahun 2010. Seramai 28,188 orang murid telah berjaya mencapai semua A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun 2009. Manakala tempat yang boleh ditawarkan hanyalah sebanyak 4,500 sahaja.

2.        Keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan Empat (4) SBP akan diumumkan pada 15 Januari 2010 (Jumaat). Semakan dan keterangan lanjut boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my. Murid yang mendapat tawaran akan mendaftar di SBP yang berkenaan pada hari Selasa, 2 Februari 2010.

3.        Bagi murid yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara atas talian (online) menggunakan e-rayuan. Tempoh rayuan ialah mulai 15hb Januari 2010 hingga 8 Februari 2010. Walau bagaimanapun, keputusan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pada 2 Februari 2010. Rayuan secara bertulis tidak digalakkan.

Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Putrajaya, 15 Januari 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s