Isu matapelajaran bahasa Tamil dan sastera Tamil dalam peperiksaan SPM


MALAYSIA NANBAN bertarikh 11 & 13 Januari 2010 – ISU MATAPELAJARAN BAHASA TAMIL & SASTERA TAMIL DALAM PEPERIKSAAN SPM


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin mengucapkan terima kasih dan merujuk kepada Laporan Akhbar MALAYSIA NANBAN bertarikh 11 & 13 Januari 2010 mengenai ISU Matapelajaran Bahasa Tamil & Sastera Tamil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pihak KPM ingin memaklumkan bahawa pengetua sepatutnya memberi kebebasan dan tidak menghalang murid untuk mengambil mana-mana mata pelajaran yang disenaraikan dan ditawarkan dalam peperiksaan SPM di sekolah mereka.

Ketetapan mata pelajaran elektif yang ditawarkan kepada pelajar di sekolah adalah atas permohonan sekolah berkenaan kepada Jabatan Pelajaran Negeri. Ini adalah untuk mempastikan bahawa ada guru yang ditempatkan untuk mengajar kalau ramai pelajar hendak mengambil Mata Pelajaran tersebut. Kalau tidak ada kelas mata pelajaran berkenaan diadakan oleh sekolah kerana tidak ramai pelajar hendak belajar mata pelajaran berkenaan, pelajar boleh mendaftar mata pelajaran tersebut untuk diambil dalam peperiksaan walaupun beliau belajar sendiri.

Oleh yang demikian, murid dibolehkan untuk tidak mengambil kedua-dua mata pelajaran tersebut di atas kebenaran ibu bapa dan kerelaan mereka sendiri. Walau bagaimanapun, pengetua boleh memberi nasihat dan bimbingan kepada calon bagi memilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan laluan kerjaya, minat, kecenderungan, keupayaan murid dan kesediaan guru serta sekolah untuk mengajar mata pelajaran tersebut.

Pihak pengetua juga perlulah memainkan peranan yang proaktif agar murid berminat mengambil kedua-dua mata tersebut untuk tujuan kelangsungan, pembudayaan dan pembelajaran Bahasa Tamil.

Masyarakat dan ibu bapa juga perlu memainkan peranan bersama untuk mencapai hasrat yang dikehendaki oleh masyarakat India khususnya.

Sehubungan dengan itu, pihak akhbar dan ibu-bapa boleh merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas (27 Ogos 2009) berkaitan pelaksanaan dasar mengehadkan jumlah maksimum sepuluh (10) mata pelajaran dan PENAMBAHAN DUA (2) mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan diedarkan kepada sekolah dalam tempoh terdekat.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

15 JANUARI 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s