Penempatan lepasan diploma pendidikan lepasan ijazah


news@tv3.com.my , Isu – (PENEMPATAN LEPASAN DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada isu yang tersiar melalui emel : news@tv3.com.my , Isu – (Penempatan Lepasan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).

Untuk makluman penulis emel, berdasarkan pelaksanaan kaedah baru perlantikan guru, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM melaksanakan penempatan selepas menerima bekalan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) dan Diploma Pendidikan  Lepasan Ijazah (DPLI) dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM.  Pelaksanaan penempatan terhadap bekalan GSST dan DPLI tersebut adalah berdasarkan keperluan di sekolah-sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan mengikut jadual kerja yang mengambil kira kemampuan pegawai-pegawai di KPM dan JPN.

Sebagai makluman penulis, BPSH menerima bekalan DPLI pada 3 Disember 2009 dari BPSM dan pada masa tersebut Bahagian ini baru sahaja membuat penempatan guru pada 26 Oktober 2009. Oleh itu, BPSH akan membuat penempatan DPLI pada akhir januari 2010 dengan mengambil kira proses kerja yang akan dilaksanakan oleh Bahagian ini dengan JPN. Manakala penempatan guru yang dilaksanakan oleh bahagian lain di KPM adalah mengambil kira kedudukan guru di sekolah-sekolah bawah kawalan Bahagian masing-masing. Berdasarkan keperluan tersebut, sudah tentulah terdapat perbezaan tarikh penempatan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajran Malaysia. Jesteru itu, pihak KPM berharap penulis dapat bersabar terhadap penempatan yang akan diterima.

Oleh kerana tempoh yang singkat yang tidak memungkinkan graduan DPLI diterima bekerja oleh mana-mana majikan adalah di luar bidang kuasa Kementerian Pelajaran Malaysia.

Harap Maklum

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

14 JANUARI 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s