Pertimbang guru DG41 menjawat jawatan penolong kanan


Berita Harian bertarikh 7 Januari 2010 – PERTIMBANG GURU DG41 MENJAWAT JAWATAN PENOLONG KANAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “LALAK LILA, Sungai Petani, Kedah”, Kedah dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 7 Januari 2010 (Pertimbang guru DG41 menjawat jawatan Penolong Kanan).

Untuk makluman, semua jawatan-jawatan Penolong Kanan dan Guru Besar di sekolah rendah merupakan jawatan-jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan DGA34. Memandangkan ia adalah jawatan-jawatan kenaikan pangkat bagi PPPLD, maka seharusnya keutamaan diberi kepada PPPLD yang layak dan telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) bagi pemangkuan dari Gred DGA29 ke Gred DGA32 dan dari DGA32 ke DGA34 untuk mengisi kekosongan yang berlaku.

Walau bagaimanapun, terdapat Penolong Kanan/Guru Besar yang telah melanjutkan pelajaran secara PJJ bagi mendapatkan Ijazah Pertama dan mereka telah dikekalkan sebagai Penolong Kanan/Guru Besar di sekolah asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP) setelah perlantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41. Keputusan pengekalan ini adalah sejajar dengan matlamat Kementerian untuk meneruskan kesinambungan kepakaran dan kepimpinan mereka di sekolah rendah. Oleh yang demikian, Guru-Guru Penolong yang telah dilantik sebagai PPPS Gred DG41 adalah tidak layak untuk mengisi jawatan Penolong Kanan/Guru Besar yang dinyatakan seperti di atas dan kerana tidak lagi berada di dalam skim perkhidmatan PPPLD bagi membolehkan dipertimbang mengisi jawatan Penolong Kanan/Guru Besar Gred DGA32/DGA34 di sekolah rendah.

Pihak Kementerian sedang berusaha dari masa ke masa untuk memantapkan lagi Profesion Keguruan agar guru-guru dapat berkhidmat dengan gigih untuk membangunkan modal insan anak bangsa bagi kepentingan akan datang. Kesungguhan dan keprihatinan penulis adalah amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

18 JANUARI 2010

5 thoughts on “Pertimbang guru DG41 menjawat jawatan penolong kanan

  1. banyak yang berlaku dalam perkhidmatan pendidikan adal tidak logik…….pelik…..meragukan….makin ramai PTD yang menjadi boss di JPN….skim DG yang tidak logik….guru muda yang tidak menurut arahan (maklumlah..mereka DG41…GB hanya DG34…) dan banyakkkkk lagi…segalanya harus cepat ditangani…kalau tidak akan menjadi semakin parah…

    • Saya tertarik untuk memberi sedikit komen di sini. persoalan saya hanya satu, mengapa perlu diletakkan kuota gred tertentu untuk dijadikan GB dan PK? bukankah sepatutnya mereka yang dikira layak (bukan sekadar di atas kertas) yang dilantik ke jawatan tersebut? tak perlulah diambil kira gred mana guru tersebut. layak di sini termasuklah pengalaman, kemahiran, dan kredebiliti serta personaliti. seandainya perkara ini sudah digazetkan sedemikian, jadi mengapa perlu diletakkan guru-guru dg41 di sekolah rendah? letakkan sahaja kami di sekolah menengah. saya berpendapat tidak ada seorang pun yang berkerja tanpa memikirkan masa depannya. guru-guru sekolah menengah boleh turun ke sekolah rendah tetapi guru opsyen sekolah rendah tidak boleh naik ke sekolah menengah. jadi, di manakah masa depan kami sebagai guru dg41 di sekolah rendah?
      sekian, terima kasih.

  2. Salam..ini adalah 1 dari ribuan keluahan golongan guru.

    Saya bersetuju dengan pandangan En.Hamdan.

    Nampaknya KPM tidak peka dengan perkembangan semasa. Guru telah berusaha dan sanggup berkorban masa,wang dan berjauhan dari keluarga untuk meningkatkan tahap kecemerlangan mereka dalam dunia pendidikan tetapi apabila kita berbicara berkaitan dengan urusan naik pangkat,kementerian seperti mengundur dua atau tiga langkah kebelakang. Penghargaan yang kurang dari kementerian sebenarnya punca guru tertekan,rendah diri dan memberontak.Dasar yang dipegang oleh kementerian bolehlah diubah mengikut perkembangan semasa. Lihat pengawai pengawai PTD, mereka tidak perlu menunggu lama untuk dinaikan gred dan pangkat(jangan terperanjat jika ada pengawai PTD yang baru berusia 40an telah menikmati gred M48 ).

    Golongan guru perlu diberi pengiktirafan bukannya arahan-arahan yang menambah beban kerja di sekolah.

  3. Alasan :”semua jawatan-jawatan Penolong Kanan dan Guru Besar di sekolah rendah merupakan jawatan-jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan DGA34. Memandangkan ia adalah jawatan-jawatan kenaikan pangkat bagi PPPLD, maka seharusnya keutamaan diberi kepada PPPLD yang layak dan telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) bagi pemangkuan dari Gred DGA29 ke Gred DGA32 dan dari DGA32 ke DGA34 untuk mengisi kekosongan yang berlaku.”boleh diubah dengan syarat tertentu sekiranya pihak kementerian prihatin dan peka kepada golongan yang meminta.Contohnya pernah berada di DG29/DG32 sekurang…..dan telah berkhidmat di sekolah rendah sekurang-kurang …….. tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s