Usah naik kadar yuran makan SBP


Berita Harian bertarikh 19 Disember 2009 – USAH NAIK KADAR YURAN MAKAN SBP

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 19 Disember 2009 – Usah naik kadar yuran makan SBP oleh BAPA YANG MERAYU, Kg. Sg. Pinang.

Sebagai makluman, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2009 bertarikh 26 Oktober 2009, Surat Edaran KP(BKEW/BT)D Jld.3(36) bertarikh 11 November 2009 dan Surat Edaran KP(BKEW/BT)1800/DJld.3(43) bertarikh 8 Januari 2010 dirujuk bersama.

Bayaran Yuran Makan Asrama yang perlu dibayar oleh ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak-anak ditempatkan diasrama adalah seperti berikut:

  • Kutipan Yuran Makan Asrama yang perlu dibayar oleh ibu bapa atau penjaga adalah untuk 200 hari.
  • Kadar RM 1.00 (Ringgit Malaysia Satu Sahaja) bagi penghuni asrama dengan jumlah pendapatan bulanan ibu dan bapa atau jumlah pendapatan penjaga RM 4 999.00 dan ke bawah.
  • Kadar RM 3.00 (Ringgit Malaysia Tiga Sahaja) bagi seorang penghuni dengan jumlah pendapatan bulanan ibu dan bapa atau jumlah pendapatan penjaga RM 5 000.00 dan ke atas.
  • Penghuni asrama di negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan serta penghuni asrama di bawah PPRT, Orang Asli dan murid OKU dikecualikan daripada membayar Yuran Makan Asrama.
  • Kaedah penentuan pendapatan adalah pendapatan kasar dan elaun ibu dan bapa atau penjaga seperti yang diisytiharkan dalam Borang Maklumat Murid (BMM) / Sistem Maklumat Murid (SMM).

Bagi setiap murid yang tinggal di Asrama Penuh, kerajaan telah memperuntukkan subsidi antara RM 14.00 (Ringgit Malaysia Empat Belas Sahaja) hingga RM 16.00 (Ringgit Malaysia Enam Belas Sahaja) sehari.

Kadar baru Yuran Makan Asrama dikenakan atas penghuni yang pendapatan ibu dan bapa atau penjaga mereka tinggi. Perubahan ini tidak dapat dielakkan kerana kenaikan jumlah peruntukan Bayaran Makan Asrama saban tahun akibat kenaikan harga kontrak yang dipengaruhi oleh harga barang mentah serta kekangan peruntukan di pihak kerajaan untuk menampung keperluan bayaran Makan Asrama yang tinggi akibat keadaan ekonomi semasa negara.

Walau bagaimanapun, pembayaran tersebut boleh dilaksanakan secara ansuran mengikut kemampuan ibu bapa atau penjaga.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

15 JANUARI 2010

2 thoughts on “Usah naik kadar yuran makan SBP

  1. Saya sokong Pendapat bapa yang merayu kerana tidak adil bagi anak yang ramai masih belajar dikenakan yuran makan RM750.00. Apatah lagi sekiranya mempunyai anak yang menuntut di IPTA/IPTS. Berbanding dengan pendapatan yang sama yang hanya mempunyai anak yang masih belajar 1 atau 2. Tapi apakah pihak kementerian akan sudi mendengar rintihan masyarakat awam .

  2. saya sokong pendapat Bapa yang Merayu. Saya mempunyai 5 orang anak dan 2 orang tinggal diasrama. Saya terpaksa membayar 3X ganda daripada orang lain dan ini membebankan. Apa lah yang ada pada gaji rm5000 selepas dipotong rumah, kereta, perbelanjaan makan dan semua kos di kota metropolitan ini.
    Terfikir juga apa yang beza diantara orang yang bayar rm1 dan rm3?? Sama-sama warga Malaysia tetapi saya bayar lebih untuk mendapat kemudahan yang sama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s