Catur kembali jadi kambing hitam


Sinar Harian bertarikh 11 Januari 2010 – CATUR KEMBALI JADI KAMBING HITAM

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada BERITA dalam Akhbar Sinar Harian bertarikh 11 Januari 2010 (Catur kembali jadi kambing hitam).

Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK), KPM sangat prihatin dan dapat merasakan kebimbangan semua pihak yang terlibat terutamanya ibu bapa tentang “penguguran” 11 jenis sukan yang selama ini telah dipertandingkan oleh MSSM di peringkat kebangsaan. Untuk makluman, BSSK telah mengambil langkah yang proaktif dan telah mengatur beberapa strategi untuk kepentingan para pelajar. Antara langkah-langkah yang di laksanakan ialah seperti berikut:-

i.              Satu taklimat dengan penaja-penaja yang berminat untuk berbincang serta tampil membantu membiayai sepenuhnya penganjuran sukan-sukan yang terlibat di peringkat kebangsaan.

ii.            Keduanya; mengadakan perjumpaan dengan persatuan-persatuan sukan yang berkaitan untuk meningkatkan kerjasama dalam penganjuran sukan tersebut.

Ini adalah satu amalan budaya “win-win situation” untuk semua pihak; KPM, pelajar dan juga syarikat-syarikat yang menaja. Buat permulaan, kita telah mendapat penajaan daripada 100PLUS untuk menaja Kejohanan Bola Sepak Liga KPM yang turut melibatkan peringkat umur di bawah 14 tahun dan 17 tahun selama 2 tahun. Ini adalah satu permulaan yang baik dan BSSK amat positif dengan semua syarikat yang pernah terlibat sebelum ini untuk terus membantu dan bersama-sama dalam meningkatkan mutu sukan sekolah dan negara.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

20 JANUARI 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s