Guru gunakan PPM?


Utusan Malaysia bertarikh 23 Disember 2009 – GURU GUNAKAN PPM?

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca ”PPM Keliru, Johor Bahru” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang – Utusan Malaysia bertarikh 23 Disember 2009 bertajuk, “Guru gunakan PPM”.

Untuk makluman penulis disertakan BIDANG TUGAS BAGI SKIM PERKHIDMATAN – PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17 secara umum:-

A.        Pengurusan Prasekolah

1.         Membantu guru kelas pra sekolah dalam hal ehwal pengurusan/pentadbiran kelas.

1.1       Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah

(a)        Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.

2.         Membantu guru kelas pra sekolah dalam semua aktiviti bimbingan dan pembelajaran/pengajaran murid-murid pra sekolah.

2.1       Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-Murid Prasekolah

(f)        Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.

3.         Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan, mengurus dan membersih serta menjaga keselamatan murid kelas pra sekolah.

B.        Pengurusan Murid di Asrama

1.         Menjaga hal ehwal murid-murid istimewa/peringkat sekolah rendah daripada semua aspek pengurusan diri di asrama.

2.         Membimbing/melatih/mengasuh murid-murid istimewa/peringkat sekolah rendah mengenai semua aspek yang berkaitan dengan tata kelakuan, akhlak, adab sopan, menjada kebersihan diri/kawasan sekitar.

3.         Melayan keperluan murid-murid yang sakit atau bermasalah emosi.

4.         Mengawasi keselamatan murid.

5.         Menjadi perantara dengan ibu bapa murid.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

20 JANUARI 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s