KPM: Tolong bersimpati dengan guru-guru kontrak


KOSMO bertarikh 13 Januari 2010 – KPM: TOLONG BERSIMPATI DENGAN GURU-GURU KONTRAK

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS dalam akhbar Berita KOSMO bertarikh 13 Januari 2010 (KPM: Tolong bersimpati dengan guru-guru kontrak).

Untuk makluman penulis, peruntukan bagi melantik guru, pegawai dan kakitangan kontrak di bawah Pakej Rangsangan ekonomi bagi tahun 2010 adalah sebanyak RM41.5 juta. Jumlah peruntukan ini telah berkurangnan sebanyak RM12.5 juta berbanding jumlah peruntukan yang diterima pada tahun 2009. Berdasarkan kepada peruntukan ini, jumlah guru, pegawai dan kakitangan yang boleh dilantik pada tahun 2010 adalah berjumlah 1,246 orang berbanding dengan sejumlah 3,367 orang pada tahun 2009. Pelantikan guru, pegawai dan kakitangan kontrak ini adalah berdasarkan kepada keperluan di Bahagian-Bahagian, KPM dan di Jabatan Pelajaran Negeri berasaskan kepada kategori berikut:

(i)         Penglibatan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA);

(ii)        Penglibatan dalam program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI);

(iii)       Kepentingan pelaksanaan projek-projek di bawah Pakej Rangsangan ekonomi; dan

(iv)       Kepentingan perkhidmatan Bahagian-bahagian KPM.

Di atas kerjasama dan perhatian pihak puan berikan dalam perkara ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

19 JANUARI 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s