Status piala belia jadi tanda tanya


Harian Metro bertarikh 13 Januari 2010 – STATUS PIALA BELIA TERUS JADI TANDA TANYA

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar dalam ruangan Berita (Harian Metro bertarikh 13 Januari 2010 – STATUS PIALA BELIA TERUS JADI TANDA TANYA).

Sukan bola sepak merupakan sukan paling popular di Malaysia yang sering mendapat perhatian semua pihak tambahan pula setelah pasukan Bawah 23 tahun kebangsaan berjaya membawa pulang pingat emas di Sukan Sea Loas baru-baru ini. Hasil kejayaan pasukan ini merupakan kesinambungan daripada program-program pembangunan yang telah dilaksanakan di peringkat akar umbi.

Pertandingan Piala Belia juga merupakan pertandingan untuk pembangunan kerana liga ini melibatkan pemain-pemain yang berumur bawah 19 tahun yang dikendalikan sepenuhnya oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Liga ini disertai oleh pasukan bawah 19 tahun setiap negeri dan kelab termasuk pasukan bawah 16 tahun di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Bermula pada tahun 2009, Piala Belia (B19) dan Piala Presiden (B21) digabungkan menjadi Liga Piala Presiden (B20) yang akan dikendalikan oleh FAM.

Di samping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) khususnya Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK) telah menganjurkan Liga Bola Sepak KPM yang merangkumi dua kategori umur iaitu Liga Piala Menteri Pelajaran bawah 14 tahun dan Liga Remaja KPM-FAM bawah 17 tahun bermula pada tahun 2008 bagi melahirkan pemain-pemain kepada pasukan kebangsaan pada masa hadapan.

Dalam penganjuran kedua-dua liga ini, pihak KPM mendapat kerjasama yang amat baik dari Persatuan Bolasepak Malaysia serta pihak penaja seperti 100 Plus dan juga Nike.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

19 JANUARI 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s