Persidangan Majlis Menteri – Menteri Pelajaran Asia Tenggara (45th SEAMEC) Yang Ke-45 Dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (5th ASED) Ke-5


KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Persidangan Majlis Menteri – Menteri Pelajaran  Asia Tenggara (45th SEAMEC) Yang Ke-45

Dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (5th ASED) Ke-5

Y.A.B. Tan Sri Muhyuddin Bin Haji Mohd. Yassin,  Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia akan mengetuai delegasi Malaysia ke Cebu, Filipina untuk menghadiri Persidangan Majlis Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara ke-45 (45th SEAMEC) yang dijadualkan pada 26 hingga 29 Januari 2010. Pada masa yang sama, Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN ke-5 (5th ASED) akan turut dianjurkan secara back-to-back dengan Persidangan SEAMEC ke-45.

2.         Persidangan SEAMEC Ke-45 ini akan menyaksikan jawatan Presiden Majlis SEAMEO yang dipilih di kalangan Menteri-Menteri Pendidikan negara-negara anggota SEAMEO secara giliran diisi oleh Filipina, di mana TYT Menteri Pelajaran Thailand selaku Presiden Majlis SEAMEO Ke-44 akan secara rasminya melepaskan jawatan berkenaan. Y.A.B. Menteri Pelajaran Malaysia juga dijangkakan akan menggunakan peluang di persidangan ini untuk berkongsi pengalaman dengan negara-negara anggota SEAMEO mengenai perkembangan pendidikan di Malaysia.

3.         Persidangan SEAMEC ke-45 dijangka akan membincangkan tindakan susulan yang telah diambil oleh pihak Sekretariat SEAMEO dan pihak-pihak berkaitan tentang keputusan dan resolusi yang diterima dan diperakukan semasa Persidangan SEAMEC ke-44 yang telah diadakan di Phuket, Thailand pada 5 hingga 8 April 2009 yang lalu.

4.         Persidangan SEAMEC Ke-44 di Phuket pada 2009 yang lalu telah pun meluluskan penubuhan pusat SEAMEO SEN di Malaysia. Pusat ini merupakan satu-satunya pusat yang menjurus kepada bidang pendidikan khas di rantau ini. Persidangan SEAMEC ke-45 kali ini akan menimbang dan meluluskan dua dokumen penting bagi membolehkan Malaysia merealisasi hasratnya untuk menubuhkan sebuah pusat serantau SEAMEO Mengenai Pendidikan Khas iaitu “Memorandum of Agreement”Enabling Instrument”.

dan “

5.         Selain itu, satu lagi acara penting dalam persidangan ini adalah forum dasar (policy forum) yang bertemakan “Understanding The Vital Pathways For Future Learning”, di mana Filipina sebagai tuan rumah akan menjemput dua orang pakar untuk mengetuai perbincangan berkenaan. Y.A.B. Menteri Pelajaran Malaysia berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat/pandangan dengan kalangan Menteri-menteri Pelajaran yang hadir.

6.         Pihak SEAMEO Sekretariat juga akan melaporkan kemajuan pelaksanaan “SEAMEO Collaborative Project to Reach the Unreached in Southeast Asian Countries and Achieve Education For All (EFA) Goals by 2015” di mana Malaysia terlibat secara langsung iaitu:-

i)                   cadangan Malaysia untuk menganjurkan Conference to Promote Awareness of Education for Girls and Women yang dijadualkan pada 11 hingga 15 Julai 2010 bagi menyokong pencapaian matlamat ke-5 “Pendidikan Untuk Semua” (“Education for all” – EFA) iaitu Kesamarataan Gender menjelang 2015. Persidangan ini bertujuan mengenalpasti isu-isu pendidikan kanak-kanak perempuan dan kaum wanita serta berkongsi amalan terbaik berkaitan projek-projek “gender-responsive”; dan

ii)                  cadangan Malaysia untuk menganjur seminar serantau bertujuan untuk merangka dasar bagi melaksanakan program sokongan transisi, pengumpulan data orang kurang upaya (OKU) yang mencapai umur persekolahan, merangka program latihan dan perkongsian amalan terbaik program–program transisi untuk OKU dan gifted. Seminar ini dijangka akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2010 di Genting Highland.

7.         Mesyuarat ASED Ke-5 pula akan memberikan tumpuan dan keutamaan kepada kerjasama yang boleh dijalinkan di peringkat serantau ASEAN dalam bidang pendidikan. Mesyuarat ini juga akan meneliti dan memperakukan program tindakan susulan terhadap laporan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN dalam Pendidikan (SOM-ED). Mesyuarat kali ini juga akan memberikan peluang kepada Menteri-menteri Pelajaran ASEAN untuk bertukar-tukar pandangan/pendapat antara lainnya mengenai :-

i)          keputusan-keputusan Sidang Kemuncak ASEAN;

ii)        Deklarasi Cha-Am Hua Hin mengenai “Mengukuhkan Kerjasama Pendidikan Untuk Mencapai Komuniti ASEAN yang Perhatin dan  Penyayang”;

iii)        cadangan kerjasama ASEAN Plus 3  mengenai pendidikan;

iv)        laporan kemajuan Rangkaian Universiti ASEAN; dan

v)         pembangunan bahan sumber berkenaan ASEAN untuk rujukan sekolah.

8.         Kehadiran Y.A.B. Menteri Pelajaran Malaysia dan delegasi dalam Persidangan Majlis SEAMEO Ke-45 dan Mesyuarat ASED Ke-5 menunjukkan kesungguhan dan komitmen negara ke arah pengantarabangsaan pendidikan Malaysia dan memperkasakan kedudukan serta visibiliti Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang terulung di rantau Asian Tenggara.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Januari 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s