Peperiksaan ‘On line’ Bagi Murid Tahun Enam


Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera. Salam 1Malaysia.
Semua pelajar Tahun Enam akan menduduki peperiksaan bulanan secara ‘on line’ mulai pertengahan tahun ini, sebagai salah satu usaha Kerajaan Terengganu meningkatkan mutu bidang pendidikan di negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata, pihaknya dengan kerjasama pakar-pakar dalam pelbagai mata pelajaran menyediakan kira-kira 300,000 soalan untuk pelajar terbabit bagi membiasakan diri mereka dengan peperiksaan sebenar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). “Pelajar ini akan memduduki peperiksaan bulanan secara ‘on line’ mengikut format UPSR dan kita berharap langkah ini akan meningkatkan keputusan UPSR bagi pelajar kita pada tahun ini” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Tesdec dengan Intel Malaysia di Wisma Darul Iman hari ini (1 Mac). Melalui perjanjian itu, golongan pendidik di negeri ini dapat menggunakan saluran sesawang INTELTeach bagi memanfaatkan bahan-bahan dan sumber-sumber yang akan memberi kemudahan dan bantuan untuk mengajar.

Menteri Besar berkata, bagi tujuan tersebut 800 guru akan dihantar menjalani kursus di Tesdec bagi memahirkan mereka dengan Teknologi Maklumat, secara berperingkat-peringkat.

Oleh : AIDA ABD RAHMAN
Unit Komunikasi Negeri Terengganu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s