Kampus ASTRO?


kampus astro

kampus astro

143.gif

Kampus Astro adalah salah satu inisiatif pembelajaran di bawah program tanggungjawab sosial korporat Astro. Dilancarkan pada akhir tahun 2008, misi program Kampus Astro adalah untuk membawa satu pengalaman pembelajaran yang holistik dan menyeronokkan kepada pelajar – pelajar Malaysia dengan sumbangan dekoder Astro yang mempunyai fungsi rakaman yang luas, set TV LCD dan akses kepada 13 siaran antarabangsa dan tempatan kepada lebih dari 10,000 sekolah kebangsaan dan menengah kerajaan (anggaran lebih kurang 5.2 juta pelajar) termasuk Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) di seluruh Malaysia.

Di bawah program Kampus Astro ini, kami bukan hanya membekalkan set perkakas Kampus Astro dan akses kepada siaran program pembelajaran kami, malah kami juga menitikberatkan latihan penggunaan kepada guru – guru media, perkembangan kandungan pembelajran yang lebih berkualiti dan relevan untuk pelajar – pelajar Malaysia dan juga aktiviti jangkau luar bersama guru dan pelajar.

Melalui Kampus Astro ‘website’ juga, kami memaklumkan kepada komuniti sekolah secara berterusan tentang jadual dan sinopsis program – program kami yang terkini untuk guru-guru mengenalpasti program yang bersesuaian untuk tahap pelajar. Ini membolehkan guru-guru membuat perancangan yang bersesuaian untuk penggunaan pembelajaran yang lebih efektif dan relevan. Kami sentiasa menggalakkan konsep 3R – iaitu Rancang, Rakam, dan Reka – untuk keberkesanan penggunaan set Kampus Astro.

Untuk pengisian Kampus Astro di sekolah, lebih dari 172 jam kandungan TV tempatan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin telah dihasilkan setakat ini untuk memenuhi kehendak rakyat Malaysia di dalam pembelajaran akademik dan kemahiran hidup. Program utama kami termasuk Astro TVIQ UPSR!, PMR!, ‘The English Room’ dan Dunia Adik di saluran Astro 552; Astro Xiao Tai Yang – XTY Fun Tuition, Di Zi Gui dan IQ Xiao Tai Yang di Saluran Astro 325.

Untuk program rintis jangkau luar Kampus Astro, kami telah mengadakan aktiviti di 41 sekolah sekitar Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia melingkupi sekitar 6,000km, 33,500 pelajar dan 1,300 guru dalam masa 10 minggu. Matlamat program jangkau luar Kampus Astro ini ialah untuk memberi pengenalan Kampus astro kepada pelajar – pelajar dan guru – guru tentang peluang pembelajaran yang menyeronokkan yang boleh digunakan di sekolah.

Seperkara penting lagi di dalam program jangkau luar Kampus Astro adalah pembabitan 288 sukarelawan Astro yang telah berkhidmat sebanyak 3,006 jam untuk berinteraksi bersama pelajar sekolah dan menarik minat mereka tentang faedah Kampus Astro di dalam menyokong pembelajaran subjek Matematik, Sains dan juga Bahasa.

Kami di Astro akan sentiasa memberi komitmen untuk meningkatkan dan menyokong pembelajaran pelajar – pelajar Malaysia melalui perkhidmatan kami dan akan sentiasa mencari ruang untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami.

Statistic Title

Pemasangan Kampus Astro

PTPB/PKG – 380; Sekolah Rendah/Menengah – 7,642

Program Jangkau Luar Kampus Astro

Bilangan Sekolah – 116; Bilangan Pelajar – 85,146

*Dipetik dari kampusastro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s