ARAHAN PENGEMASKINIAN PROFIL MURID PADA APLIKASI PANGKALAN DATA MURID SECARA ATAS TALIAN


Makluman Kepada Semua

Pengemaskinian Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua boleh dilakukan pada 15 Mac 2012 sehingga 15 Mei 2012 kerana data ini akan digunakan untuk bantuan dan biasiswa. Pengemaskinian Prasekolah tidak perlu dilakukan pada aplikasi ini disebabkan murid-murid tersebut telah didaftarkan pada Aplikasi SMPK.

Pentadbir sekolah (administrator) dikehendaki memastikan bilangan murid mengikut Darjah/Tingkatan dan Kelas yang betul sebelum membuat pengesahan data. Setelah data tersebut disahkan, urusan mengimport data APDM oleh SAPS bolehlah dilakukan. Proses ini hanya boleh dilakukan selepas 26 Februari 2012 bagi mengelakkan kesesakan di pusat server.

Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan

Bagi permohonan baru biasiswa tahun 2012, sekolah diminta untuk mengemaskini maklumat Bapa/Penjaga Utama dan maklumat Ibu/Penjaga Kedua selewat-lewatnya 22 April 2012 supaya murid-murid yang layak memohon biasiswa tidak tercicir.

Sila klik disini untuk akses sistem : http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia/

Sistem tersebut boleh diakses melalui Pautan Web ( Pangkalan Data Murid KPM )

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s