PENGUMUMAN KEPUTUSAN STPM 2011

“Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan dikeluarkan pada 7 Mac 2012. Cal htton sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai jam 12:00 tengah hari, manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos. Di samping itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip STPM Result dan menghantarkannya ke 15888 serta secara dalam talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my/ mulai jam 12:00 tengah hari pada tarikh berkenaan”.

Advertisements

GARIS PANDUAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Bahagian Tajaan Pendidikan adalah bertanggungjawab menguruskan cuti belajar jangka sederhana dan jangka panjang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) bagi mengikuti pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan di Institusi dalam dan luar Negara.

Baca seterusnya..

Sebarang pertanyaan mengenai Garis Panduan ini sila hubungi pegawai berikut:

(i)           Encik Azlan bin Ibrahim
                No. Tel : 03-8321 7158
                E-mel   : azlan.ibrahim@moe.gov.my
 
(ii)          Puan Zalina binti Morad
                No. Tel : 03-8321 7143
                E-mel   : zalina.morad@moe.gov.my

Program Persediaan Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Untuk Pelajar-Pelajar SPM2011

alt

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan mengadakan Program Persediaan Diploma 2012.

2.  Program ini bertujuan untuk memperkasakan taraf pendidikan di Malaysia serta meningkatkan peluang kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pelajaran di Universiti.  Program ini berlangsung selama empat (4) bulan bermula pada Januari 2012 sehingga April 2012.

3. Sila layari laman sesawang UTHM http://uhsb.uthm.edu.my/kutechedu dan klik “Surat Siaran” untuk maklumat lanjut perkara berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Tugasan Individu PTK Penilaian Pemahaman Sessi 2/2010

Sebagai ingatan, calon gred DG48, DG52 dan DG54 yang menduduki Komponen Fungsional sahaja perlu menyiapkan Kertas Tugasan Individu (TI) bermula dari 20 Ogos dan perlu dihantar pada 25 September 2010 semasa hari Penilaian Pemahaman. Tajuk TI tersebut juga boleh dimuat turun daripada laman web BPPK  dan juga secara manual daripada unit PTK, JPNT di talian 09-621 3250/ 3242 (Cikgu Mohd Murad bin Othman/ Cik Rosniza binti Mohamad). Continue reading