Pelancaran Bulan Sains dan Matematik

TEMA : SAINS & MATEMATIK PEMANGKIN GENERASI BERINOVASI

TARIKH : 3 HINGGA 27 APRIL 2016

PERASMIAN :

EN. AZMAN BIN MOHD NOR

PPPD PENGURUSAN KURIKULUM (SAINS & MATEMATIK)

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU TERENGGANU.

Advertisements

Forum Jejak Jaya STPM 2016

IMG-20160204-WA0017(1)Forum Jejak Jaya STPM telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Matang  pada hari Khamis 4 Febuari 2016 dengan kerjasama bekas pelajar STPM SMK Matang yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Program ini bertujuan memberi motivasi dan galakan kepada pelajar STPM 2016 untuk berjaya dalam peperiksaan STPM dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti.

 

Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang 2016

MIMG_20160203_101750

Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zulkifle bin Sulong P.J.K pada hari Ahad 31 Januari 2016 di Dewan Bestari SMK Matang.

Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian terhadap perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, perihatin dan sabar.