Kata Aluan Pengetua


DSC_0004eh

Pengetua;

Tuan Haji Zukifle bin Sulong. P.J.K.

Bismillah-ir-Rahman-ir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam 1Malaysia.

Syukur Alhamdulillah dan tahniah kepada semua warga SeMat Bestari, khasnya guru ICT yang telah berjaya menyediakan dan merekayasa laman sesawang sekolah.

Terlebih dahulu selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada semua yang melayari laman sesawang rasmi SMK Matang @ SeMat Bestari.

Selaras dengan SMK Matang SeMat Bestari yang merupakan salah sebuah sekolah daripada 88 Bestari Rintis seluruh Malaysia dan salah sebuah sekolah Bestari luar bandar di Terengganu, laman sesawang sekolah adalah satu aset penting untuk organisasi pendidikan. Ia merupakan platform yang boleh digunakan oleh semua orang dalam talian untuk mendapatkan maklumat dengan cepat. Ia juga sebagai satu persediaan kepada semua warga SeMat Bestari dalam membawa perubahan pembelajaran tanpa sempadan dalam dunia yang global ini. Warga SeMat Bestari tidak seharusnya ketinggalan dalam arus teknologi maklumat yang sangat pantas ini, membantu sekolah mengharungi cabaran semasa dan meningkatkan prestasi sekolah dari segenap segi.

Melaluinya diharapkan semua warga SeMat Bestari dapat memanfaatkan untuk tujuan pembelajaran dan dapat merealisasikan misi dan visi sekolah.

(TUAN HAJI ZULKIFLE BIN SULONG)

Pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan Matang.