PERMOHONAN KE SEKOLAH SENI MALAYSIA

Syarat Kemasukan

1. Warganegara Malaysia
2. Berbakat dan berpotensi dalam mana-mana bidang kesenian berikut:
(seni visual/seni tari/seni muzik/seni teater)
3. Tidak Cacat
4. Lulus Uji Bakat
5. Memperoleh keputusan dengan minimum 3B atau setara dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012

Maklumat Am

1. Permohonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 15 Julai 2012
2. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil ke sesi uji bakat

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

KEPUTUSAN PENEMPATAN CALON PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013

Makluman.

Pemohon boleh membuat semakan untuk mengetahui status permohonan ke Program Matrikulasi.

Untuk membuat semakan ini, anda boleh menggunakan :

Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Lembaga Peperiksaan

SEMAK KEPUTUSAN DI SINI

Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Untuk membuat semakan tawaran Melalui SMS :

Taipkan MOEMATNO. KP dan hantarkan ke 15888
Contoh : MOE MAT 920605051542

Semakan Tawaran Tingkatan 6

Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 sudah boleh membuat semakan tawaran ke Tingkatan 6 Bawah bagi tahun 2012 .

Tawaran ke Tingkatan Enam ini diberi kepada mereka yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Buat masa ini tiada maklumat mengenai syarat tersebut dikeluarkan tetapi anda boleh rujuk Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 sebelum ini sebagai panduan umum.

Semakan Tawaran Tingkatan 6

Semakan ke Tingkatan 6 ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu;

1. Melalui laman web KPM di Semakan Tawaran Tingkatan 6 2012.

2. Secara sms dalam format MOET6No.MyKad dan hantar kepada 15888.

Pendaftaran Tingkatan 6

Pendaftaran pelajar baru Tingkatan Enam Bawah tahun ini adalah pada 8 Mei 2012 .
Mereka yang terpilih perlu mencetak surat tawaran secara online dan membawanya semasa mendaftar nanti.

Rayuan Tingkatan 6

Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK.
Syarat-syarat untuk membuat rayuan belum dimaklumkan tetapi sebagai panduan umum boleh rujuk yang dikeluarkan sebelum ini di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6.

Pertukaran Jurusan

Mereka yang ingin menukar jurusan yang ditawarkan perlu membuat permohonan.
Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua Sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

Pertukaran Sekolah

Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa.

PLKN

Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus PLKN dan telah mendapat tawaran Tingkatan 6 perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan untuk pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN.

Matrikulasi

Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.

Maklumat

Sila rujuk komen-komen di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010, Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah 2010, 2011 dan Pandangan Mengenai Tingkatan Enam sebagai panduan.
Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau mana-mana sekolah yang ada menawarkan kelas Tingkatan 6.
Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370.

ARAHAN PENGEMASKINIAN PROFIL MURID PADA APLIKASI PANGKALAN DATA MURID SECARA ATAS TALIAN

Makluman Kepada Semua

Pengemaskinian Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua boleh dilakukan pada 15 Mac 2012 sehingga 15 Mei 2012 kerana data ini akan digunakan untuk bantuan dan biasiswa. Pengemaskinian Prasekolah tidak perlu dilakukan pada aplikasi ini disebabkan murid-murid tersebut telah didaftarkan pada Aplikasi SMPK.

Pentadbir sekolah (administrator) dikehendaki memastikan bilangan murid mengikut Darjah/Tingkatan dan Kelas yang betul sebelum membuat pengesahan data. Setelah data tersebut disahkan, urusan mengimport data APDM oleh SAPS bolehlah dilakukan. Proses ini hanya boleh dilakukan selepas 26 Februari 2012 bagi mengelakkan kesesakan di pusat server.

Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan

Bagi permohonan baru biasiswa tahun 2012, sekolah diminta untuk mengemaskini maklumat Bapa/Penjaga Utama dan maklumat Ibu/Penjaga Kedua selewat-lewatnya 22 April 2012 supaya murid-murid yang layak memohon biasiswa tidak tercicir.

Sila klik disini untuk akses sistem : http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia/

Sistem tersebut boleh diakses melalui Pautan Web ( Pangkalan Data Murid KPM )

Pengemaskinian Maklumat bagi Permohonan Biasiswa Persekutuan bagi tahun 2012

** Kepada pelajar-pelajar yang berkenaan, sila ambil perhatian;

Bagi permohonan baru Biasiswa Persekutuan tahun 2012, pihak sekolah diminta untuk mengemaskini maklumat Bapa/Penjaga Utama dan maklumat Ibu/Penjaga Kedua di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian (URL: http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia) selewat-lewatnya 15 April 2012 supaya murid-murid yang layak memohon biasiswa tidak tercicir.

Segala kesulitan yang dihadapi adalah amat dikesali dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRA UNIVERSITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI AKADEMIK 2012

Perhatian:

1. Hanya calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.

2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.

3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 April 2012. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

4. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu mengepos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://apps.moe.gov.my/prau/prau_ori2.cfm

Permohonan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012

Permohonan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012 akan dibuka bermula  5 September 2011 sehingga 19 Disember 2011. Permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

PERMOHONAN PENAJAAN MARA BAGI TAHUN 2011 UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2010 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di luar dan dalam  negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar  negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara. Continue reading

Pelanjutan Tempoh Permohonan Dalam Talian Bagi Program Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melanjutkan tempoh permohonan dalam talian bagi program Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 sehingga 25 Mac 2011. Calon-calon boleh mengemaskini maklumat permohonan dalam talian tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 25 Mac 2011 jam 11.59 malam.

Permohonan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2011

Dimaklumkan bahawa iklan bagi permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2011 telah dibuka bermula 19 Januari 2011 (Rabu) hingga 18 Februari 2011 (Jumaat). Permohonan boleh dibuat di http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/index.cfm. Sila baca dan fahami Pengenalan, Tatacara, Panduan dan Syarat Permohonan sebelum membuat permohonan. Sekian, terima Kasih.

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

10 pelajar terbaik SPM 2009

Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera. Salam 1Malaysia. Tahniah diucapkan kepada mereka yang mencapai keputusan cemerlang pada peperiksaan SPM 2009. Kepada yang kurang cemerlang, masih tidak terlewat untuk anda berubah untuk mencorakkan dan menentukan masa depan anda. Tiada halangan, yang ada hanyalah peluang. Berikut adalah senarai nama 10 pelajar cemerlang SPM 2009 di Malaysia. Continue reading