MAJLIS SOLAT HAJAT sempena peperiksaan PT 3, SPM & Peperiksaan Akhir Tahun 2016.
Program Mengejar Gemilang Pelajar SPM bermula 2 ogos hingga 4 ogos 2016.
Assalamualaikum n Selamat pagi. Program Mengejar Gemilang Pelajar SPM bermula 2 ogos hingga 4 ogos 2016. Kami mendoakan semoga anak-anak pelajar dikurniakan kefahaman, kesihatan, kebijaksanaan, kesejahteraan dan kesungguhan yang berterusan. Terima kasih diucapkan kepada Tuan PPD kerana sudi hadir menyampaikan suntikan semangat kepada anak-anak pelajar. — at Angullia Beach Resort Marang Terengganu.
WARNA WARNI KARNIVAL KOKURIKULUM SEMAT KALI KE-2.
Perancangan Strategik SEMAT 2016-2020
Modul Isytihar Harta Individu
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)
Pelancaran Bulan Sains dan Matematik
Majlis Penyerahan Baucer Buku 1Malaysia pelajar STPM 2016 SMK Matang
Tahniah!!! Team Olahraga Semat Bestari kerana menjadi Johan MSSDHT 2015
Pelancaran Program Nilam,VLE-Frog dan MBMMBI 2016
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 26 SMK Matang
Tarikh : 20 Februari 2016
Tempat : Dewan Bestari SMK Matang
Perasmi :
Y.B. Dato’ Jailani bin Johari DSMZ,DIMP.
Ahli Parlimen Hulu Terengganu
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Video Perasmian Mesyuarat Agung PIBG
Forum Jejak Jaya STPM 2016
Forum Jejak Jaya STPM telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Matang pada hari Khamis 4 Febuari 2016 dengan kerjasama bekas pelajar STPM SMK Matang yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Program ini bertujuan memberi motivasi dan galakan kepada pelajar STPM 2016 untuk berjaya dalam peperiksaan STPM dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti.
Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang 2016
M
Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zulkifle bin Sulong P.J.K pada hari Ahad 31 Januari 2016 di Dewan Bestari SMK Matang.
Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian terhadap perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, perihatin dan sabar.
Gotong Royong Perangi Aedes SMK Matang 2016
Gotong Royong membersihkan kawasan sekolah telah diadakan pada hari Khamis 28.1.2016 pada waktu ke 4 dan pada hari Sabtu 30.1.2016 bagi menyahut seruan kerajaan negeri Terengganu bagi membasmi habis-habisan wabak denggi daripada terus menular.