6 permohonan ditolak – Pembantu Pengurusan Murid prasekolah terkilan permohonan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ditolak


Harian Metro bertarikh 11 Januari 2010 – 6 PERMOHONAN DITOLAK – PEMBANTU PENGURUSAN MURID PRASEKOLAH TERKILAN PERMOHONAN KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH DITOLAK

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “ ANNE, SELANGOR” dalam ruangan Surat kepada Pengarang (Harian Metro bertarikh 11 Januari 2010 – 6 permohonan ditolak – Pembantu Pengurusan Murid prasekolah terkilan permohonan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ditolak).

Untuk makluman, Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM telah menetapkan standard prosedur yang perlu dipatuhi tentang pengambilan bagi calon latihan perguruan yang akan mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI).

Kejayaan seseorang calon yang terpilih untuk mengikuti KPLI adalah berdasarkan kepada skor merit yang mengambilkira beberapa faktor utama iaitu Syarat Kelayakan Asas, Penglibatan aktif dalam Kokurikulum, Pengalaman mengajar sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), Purata Mata Gred Terkumpul (PMGT), perlu lulus Ujian MTesT dan juga lulus dalam temuduga.

Merujuk kepada surat pembaca, calon ialah seorang Pembantu Pengurusan Murid dan ini adalah merupakan salah satu faktor sahaja dan banyak faktor dan kriteria lain seperti dinyatakan di atas yang perlu menjadi kriteria penentu kepada kejayaan seseorang calon itu untuk ditawarkan ke Program KPLI.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

19 JANUARI 2010

52 thoughts on “6 permohonan ditolak – Pembantu Pengurusan Murid prasekolah terkilan permohonan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ditolak

    • Xpe shbt semua..kita buat kerja dgn ikhlas sambil amalan..allah tue maha mengetahui lagi sesungguhnya doa org yg teraniaya amatlah makbul..sabar itu penting..cgu tak masok kelas ka itu masalh mereka sendiri..janji kita ppm jaga akhlak kita ddepan mata murid jgn jadi malas sperti guru yg pemalas.. masa nnti pasti dipersoalkan tggjwbnya sbg guru di akhrt kelak..lepas di dunia akhart nya lagi pasti tidak telepas kan..

  1. You share interesting things here. I think that your blog can go viral easily, but you must
    give it initial boost and i know how to do it, just search in google for – mundillo traffic increase go viral

  2. salam.syukur alhamdulilah dpt juga jwtan tetap sbgai ppm.ktk th 1993-2005.skrg dah msk 10 th dah bkhmat tetap. ppm ingat satu aje kj dgn ikhlas dan takde pun sape2paksa kita mohon keje ni gerenti kita bekerja dgn tenang.masaalah tu memang la dimana2 pun ada tapi buat dek je…ok

  3. saya seorang guru prasekolah yang penah bekerja sebagai ppm selama setahun… saya sangat memahami perasaan seorang PPM kerana saya juga telah melaluinya..
    3 bulan pertama saya selalu menangis di kelas selepas smua dah balik sebab sayalah yang paling lewat balik dari sekolah.. cikgu pra saya pd masa tu terlibat dengan banyak hal diluar pengajaran pra… jadi saya lah yang uruskan segala galanya di prasekolah … setiap hari terkejar2 memasak dan memberi latihan kepada murid.. lepas tu kemas pulak… tak ada sorang pun yang tolong… ada jugak majlis sekolah yang di buat di kelas prasekolah… esoknya hanya saya seorang yang membasuh dan mencuci segalanya… sampai kat rumah mmg tak lalu nak makan dah sebab penat sangat.. walaupun hanya setahun jadi ppm namun saya dah rasa pahit maung jadi ppm… selepas itu saya berjaya jadi guru prasekolah ambilan KPLI… ingatkan bila dah jadi guru ni tidak lah dianaktirikan… rupanya sama je.. asal kerja kat prasekolah hanya dipandang sebelah mata saja… ada guru2 yang sinis anggap kita nih tak pandai sebab kita ajar prasekolah je namun mreka tak sedar yg kelulusan sama/malah mungkin saya lebih tinggi tapi hanya kerana perbezaan opsyen… guru pra dipandang rendah… bukan nak minta di hargai atau di hormati tapi cukupla memandang kita sama seperti guru-guru lain. bukan sebab mengajar budak 6 tahun ..kita pun dipandang 6 tahun juga..sayaa harap kpm kajilah hal nih.. jangan asingkan banyak hal pra dengan aliran perdana.. kasihan murid-murid pra yang tersisih.. dan 1 lagi mmg wajar guru pra dan ppm pra dapat elaun khas mcm di pend khas kerana tugas di prasekolah juga setanding malah mungkin lebih banyak dari pendidikan khas..

    • to john …..sy nk tanya macm mne awak aplly kpli? n sekrg ni kpli / dpli mash dibuka ke?sy kerja sbgi ppm n mnt sgt jd guru prasek…sy ada degree ..

    • sy dpt tawaran lapor diri isnin ni. lepas bace sume ni wat saye lg tak yakin utk teruskan. tp pk tawaran berkhidmat dgn kerajaan mcm payah nak dpt je. entah lah. sy masih ragu2 skrg ni. sy igtkan kerja ni tidaklah membebankan sgt tp majoritinya ramai yg ckp ppm ni kejenye stress dan dianak tirikan dan langsong takde peluang kenaikan pangkat mcm pembantu tadbir sdgkan gred same shj. atau mgkin sy teruskan tp tgklah mcm mana nanti. persoalan sy..kalau kite sudah terima offer ni dan nanti ingin tuka jawatan..boleh ke? tq.

    • Setuju sangat…sy pn ppm prasekolah…apa yg awak rasa itulah yg sy rasa….kerja dari cuci longkang sampailah kerja pejebat kna buat….walau apa pn sy bersyukur dpt kerja ni….

  4. saya seorang ppm di sebuah daerah di Johor Bahru…. saya juga mengalami nasib yang sama dimana kerja seorang guru, ppm boleh buat tp kerja seorang ppm, guru tidak mampu untuk membuatnya.. Guru prasekolah sekolah saya banyak terlibat dengan aktiviti sekolah yang lain, jadi pelajar prasekolah saya ditinggalkan tanpa guru pengganti. Bila perkara ini dirujuk kepada guru besar serta semua gpk sekolah, jawapannya hanya 1 iaitu guru prasekolah itu berminat nak buat macammana? Sedangkan semua tahu guru prasekolah tidak boleh memegang jawatan yang berat di sekolah seperti s/u sukan, s/u koko, penyelaras upsr tetapi sebaliknya berlaku di sini disebabkan kononnya tiada guru lain yang layak… Jadi bila masanya saya hendak menjalankan tugas saya sebagai seorang ppm, jika semua tugas saya kena buat seorang diri.. seolah-olah saya la guru pra dan saya la ppmnya… Isu ini akan berbangkit bila pelajar prasekolah melangkah ke tahun 1, di mana pelajar tersebut tidak tahu membaca……Harap kerajaan dapat memperketatkan lagi pekeliling mengenai tugas seorang guru prasekolah supaya tidak terlibat dengan tugas/ komitmen yang lain..

  5. satu lagi tentang PPM, dari segi kenaikan pangkat.. pekeliling PPM dah di nyatakan PPM yang dah disahkan jawatan dan lulus semua peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan, boleh memohon untuk kenaikan pangkat ke gred N22, kawan sy dah 7 tahun berkhidmat..dah lulus kesemua peperiksaan yang dimaksudkan dan telah disahkan dlm jawatan telah cuba memohon kenaikan pangkat, tidak dilayan oleh unit kenaikan pangkat di Jabatan Pendidikan Negeri dan menyatakan tidak tahu tentang perkara ini…

    • ye ke? hmmmmm..awk ppm jugak ke?? kalau kite masuk kerja, and nak tuka jawatan bersesuaian dgn qualification dan experience kite leh ke? pd aslnya sy apply keje ni disamping minat bdk2 sbb nak masok kerajaan je. and sy sangkakan tugas ni boleh naik pangkat sama mcm jawatan n17 yg lain. tp betol ke jawatan ni setakat n22 je? hmmm…kalau ikotkan sy mmg serba slh skrg ni. tp kalau tolak…takot menyesal kemudian hari plak nnt sbb bkn snnag nak masok kerajaan.

  6. Salam…kdg2x fade up dengan sikap guru yang x amik tahu mengenai perbelanjaan untuk mengurus prasekolah…sekolah nak lawa tapi dwet x dhulur..fail sendri kn3 bli ape kejadahnye…apabila ade aktiviti nak ckgu lain dok kmpong msk tp tggl…mereka kte esok2x leh bsoh…spe yg kne selessikn? Ppm? Ank ckgu dok main brg dlm pra bersepah sne sni…spe nye kj3 ? Ppm? Ckgu mkn tinggal…spe kne cuci? Ppm…najis burng n cicak bersepah sne sni…ppm punye kje jugak…sampah dlm tong smph itam ….ppm jugak kne buang…..abis ape kje cleaner…kerani buat smph dye kutip plak..dmne perlu diadukan semua mslh nie…bleh jdik gilerw tau x…saya menyesal mohon kje nie….semua perlu dibuat sorang2x….staf lain nak mtk tolong susah…ape kje PRA kat skolah…dok mkn tido je ke…ngecat pow x leh tolong….dtg skolah…blk…kdg2x sye nak blk pown pk mcm2x kje lom setel..satu lg nama dlm buku kdtgn spe yg perlu tulis..sye k3 guru…sape PEMALAS????? Jgn tudh ppm x buat kje klau awk sndri x duduk dpn dye…satu lagi…x kan saya nak pgg jwtn nie smpai mati n17…klau yg ade ijazah pown n17…memang x memilih…tp kji semula….semua perkara ..jgn pndg kje ppm nie sng..cbe ganti sehari….tau plak komen pnt….

    • hmm takotnyeee….sy dpt offer lapor diri 1&2 dec ni. sy pon da menyesal. tp tolak takot black list plak. and sy ade bace kite sbg ppm pon kne basuh berak bdk..betol ke? aduhh.. drpd job description yg sy bc x mcm tu plak. sy sangkakan tugas ni mcm lebih kepada mendidik bdk2 je sbb kat skolah kan ade cleaner..knp keje mencuci ,buang sampah,basuh pggn sume tu kite jugak kne buat. hmm awk da bape taon jd ppm? and ade peluang tak utk tuka jawatan if kite terima offer ni?? reply ye awk 😦

  7. akhirnyer itulah..saya jg seorang ppm telah berkhidmat lebih 5 tahun,telah bertukar sekolah dr sek jenis keb (t) ke sek keb,bila saya baru bertukar jd kje2 saya jd baru,gb sekolah menyalahkan saya sebb kurang mahir hal2 pentadbiran yg sebelum ini tugas2 ppm byk membantu guru tp sebenarnya bukan membantu kne buat semuanyer spt ppm2 lain..saya strees sgt2 bila berubah pentadbiran,bertukar sekolah & guru yang xde komunikasi dgn saya disebabkan saya datang dilatih dr sekolah jenis keb (t),bila mesyuarat ape2 ke ppm byk kne tahu klo x tahu mmg kne buli cukup2 ngn cikgu2 walaupun saya beranggapan kerja2 kita mmg perlu laksanakan sebaik mungkin,.byk kelemahan ttg tugas ppm yg disalah ertikan,akhirnyer saya mengambil cuti tanpa gaji disebabkan ada masalah kesihatan kaki sakit dh 3 tahun xnk sembuh2 walaupun telah berjumpa doktor pakar perubatan serta rawatan tradisional.. g2lah ppm yg rasanyer byk mkn ati,x dipedulikan,x dihargai langsung..kpm tolonglah perincikan pkra ni walaupun gaji kami ciput tapi khidmat kami adalah kerana agama.bangsa & negara..

  8. kesian kan kat PPM…luahan hati kita mcm xde spa peduli dan ambil kisah..keja kita sikit punya teruk..sampai balik umah pun kadang2 dok pikir hal kelas lagi…kita klau datang keja terlewat sikit mmg kelam kabut lah..nk jerang air, sapu kelas…nk sediakan sarapan…dalam kelas selain membantu guru mengajar..failing semuanya kita..ada sekolah guru pra xambil tahu apa langsung dari bab wat minit mesyuarat,urusan nk buat majlis atau program @ lawatan pra, urusan kewangan…teruk PPM..semua benda nak kena handle…tp PPM jalankan juga tanggungjawap dia…

    Ada sekolah yang guru pra siap bawak anak2 berkampung lagi dalam kelas..mmg lah kita xmarah kalau setakat anak balik sekolah dok menumpang mandi dan berehat…kita pun paham..tp ini sampai bersepah2.. alat permainan, buku cerita…tu xtermasuk pandai2 buka peti ais..minum sampai tumpah2 buka tin milo meratah! aduyaaaii..penat sungguh keje seorang PPm nie…

    Sampai bila perjuangan kita…xde spa2 ke yg berani bawakan hal kita nie ke peringkat atas..tlg fight hak kita… keje teruk gaji standard kerani..keje PPM nie skop byk..bukan takat hal failing..kewangan..tp bab memasak, mencuci, menegemas… membimbing murid lagi…

    • xde sape2 yg isukan pasal mende ni ke..sy byk bace keluhan dr ppm. hmm kalau adu kat jab pendidikan..diorg memang x wat pape ke..sy sangkakan kerja kerajaan terbela..hmm mcm ni mmg menyesallah. menyesal x apply pemb.tadbir. lg best kot..keje dlm aircond, gaji pon same je kan..siap leh abik exam naik pangkat. hmm..tlg sape2 reply kt cni. hm..sy lapor diri isnin ni ..x lame dh. hmm

      • Assalam intan..
        Anda seorang ppm kn?
        Bole tolong pm sy??
        Sy ingin tanya kn beberapa soalan..
        Terima kasih

  9. wajarkah PPM dipersalahkan bila budak2 yang tamat prasekolah tak tahu membaca?????bukan ke mengajar sampai pandai tu tugas guru???ppm kan tidak dibenarkan mengajar.Guru besar siap bagi warning lagi nak bagi markah penilaian prestasi 50 jer atas alasan budak2 tak tahu membaca selepas tamat prasekolah.kenapa ppm dipersalahkan sedangkan kami diberi taklimat kami tidak dibenarkan mengajar murid.

  10. sy baru je sminggu jd ppm..tp hnya mngganti ppm yg cuti brsalin selama 3 bln..sy sbnarnya br je mnerima lantikan pap,lpas lapor diri trus d hntar kat praskolah tuk ganti ppm..dan sy setuju sgt dgn keluhan anda smua..hnya yg pnah jd ppm saja tau betapa teruknya kla ppm ni..mengalah2 kan kja d rmh..sgala2nya kena buat..dah tak snggup rasanya sbb penat sgt..hbis kat kelas pra,guru bsar suruh lg buat keja sbenar sy iaitu PAP..sblh ptg,blk lg kat pra sek utk mngemas..mlm keja d rmh lg mnunggu..smpai sy tak lalu nak mkn mlm,penat sgt2..nsib baik blum ada anak..

    • orang nampak kita macam tak ade kerja sedangkan dari pagi sampai petang nak berehat pun susah..blk rumah trs tido kepenatan

  11. salam…sy hanya nak bkongsi sdikit ttg jawatan PPM…bkn ka PPM boleh mjdi seorg guru jika meanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah?? saya seorg penjawat awam bukan PPM..sy ada 2 org kawan yang bkerja sbg PPM dan sedang melanjutkan pelajaran di Open University dalam bidang pendidikan..Seorg mengambil ijazah pendidikan matematik dan seorg lg ijzah pendidikan awal kanak2…kalo tiada langsung laluan untuk menjadi guru adakah usaha mereka belajar itu hanya sia2??

  12. Salam…saya pun merupakan seorang ppm..tapi saya ppm pendidikan khas…saya dan kawan2 juga mengalami nasib yg sama d sekolah seperti ppm pra…kami di anak tirikan…keje kami mgalahkan cleaner…saya pun berminat dengan bidang perguruan…bila minta KPLI or DPLI x pernah dapat…sebab minat yg mendalam saya aply jadi PPM…ingatkan mudah untuk menjadi seorang guru tetapi laluannya langsung tiada…walaupun saya menyesal menjawat jwtn ini tetapi saya tetap menjalankan tugas yg diberikan dengan ikhlas…bila memikirkan masa depan sebagai PPM, saya mmg merasa sedih…bkn tidak bersyukur tetapi…hanya orang yg menjawat jawatan PPM ini sahajalah yang akan faham…dah ler kami tiada tempat duduk, merempat jer kat mana2…tugas guru kami yang buat…guru jarang masuk kelas…bila masuk jarang mengajar…bila ppm lebih rapat dgn anak murid, guru mula merasa cemburu…bila ada cuti peristiwa, kami langsung x dapat walaupun keje melebihi waktu…stress yang di alami oleh ppm tak pernah di ambil tahu oleh pihak atasan…kadang2 saya berfikir di mana arah tuju perjawatan PPM ini…harap pihak KPM mengambil tahu…semua ppm mengalami nasib yang begini, x kira ppm pra ataupun ppm pend khas…semua ppm dianggap kuli sahaja…ayat yg selalu diucapkan oleh guru2…ppm kan ada…so buat ape lah guru mdapat gaji yg tinggi Kalau semua keje ppm yg buat…hina sangatkah ppm di mata semua penjawat awam d sekolah sehingga selalu d anak tirikan…tetapi bila nak suruh buat kerja…ppm lah yg dicari terlebih dahulu…Mohon pihak KPM mengkaji jawatan PPM ini supaya mudah d serap menjadi seorg guru…x kan sampai umur 60 tahun kami masih nak mengejar budak2 oku yg hyperactive…

    • setuju dengan PPM Stress…rasa mcm ppm manusia paling lekeh dlm sekolah..lekeh pula d mata waris…yela..ramai yg igt ppm nie..keja mengasuh budak, cuci jamban…..elaun mcm ppm pend khas pun xdapat..padahal keja ppm prasekolah..lebih teruk dari ppm pend khas..

    • sebenarnya tak semua kita mengalami situasi yg sama, nasib dn rezeki masing2 dpt bos yg mcm ne. sy dh g 3 skolah. dh pnh jd PPm PPKI dn pra juga. lain guru lain kerenah. ini thn yg ke 9 jd ppm. dn skolah tbaru sy bru 7 bln btugas. tentang guru yg macam2, kite mmg kn hadapi. tempat duduk, sy duduk di kerusi cikgu. ok jew.. dn pakaian kite kene tgk, klu dh mcm artis wedding of the year mmg la x suai.. tp sbgai PPM xyah la kite nk over dr cikgu. jg line, bodek jew lah cikgu tu… bg dia rs yg dia tu boss.. dia akan sedar dr bl kite rendah diri. jgn lawan tokey.. mmg dia akan rs tcabar klu kite lbh dr dia. tp klu luar sekolah pakai la sape pon x dulik.. kite nk dihargai, sm mcm dia. klu dia x rs yg kite hormat dia, mmg lah dia xsenang tgk kite… beri lh keutamaan pd cikgu, slow talk dgn dia, ape yg kite tak mmpu nk buat. semua kite ade prasaan, mmg kite kadang rs down, kdg rs syok, kdg rs mcm hampeh. tp tu kan asam garam kehidupan.. asik nk syok bl pulak nk guna perasaan yg lain2 tu… so the moral of the story is, pandai2 lah menawan haty cikgu, ssgghny cikgu tu pon manusia.. give and take.. how many u give, u get back. kecuali lah cikgu2 yg mmg tol de masalah, tp bilangan mgkn sedikit dn kes2 tpencil sj.
      SEKIAN KAWAN2 PPM….

  13. salam 1Malaysia, saya telah bertugas sabagai PPM selama 5 tahun, semua masalah kita sama, masalah cuti, masalah beban tugas yang teruk. masa kerani tidak hadir saya akan jadi kerani, guru pra tidak hadir sayalah guru pra, guru prasekolah saya hanya mengajar aje tugasnya. semua urusan prasekolah saya sahaja yang buat : inventori, urusan pentadbiran, kewangan, memesan rmt pra dan bekalan am. sampaikan SMPK pun saya kena buat, yang turun taklimat guru pra. asal GB tanya tentang urusan prasekolah semua dia tidak tahu. dalam senarai tugas PPM kita hanya membantu mereka tapi tugas sebenarnya kita aje yang buat. nak handle budak pun tak mampu. saya amat menyokong cadangan semua PPM di seluruh Malaysia agar
    1. PRASEKOLAH DIBERI ELAUN KHAS
    2. MENEMPATKAN 2 ORANG PPM PRASEKOLAH DALAM 1 KELAS
    3. NAIKKAN LAGI PANGKAT PPM PRASEKOLAH

    TUGAS HARIAN SEORANG PPM PRASEKOLAH:

    1. MEMASAK – TUKANG MASAK
    2. MEMBERSIHKAN KELAS PRASEKOLAH – CLEANER
    3. MENYIRAM BUNGA, MENANAM BUNGA- TUKANG KEBUN
    4. KEWANGAN PRASEKOLAH – PT KEWANGAN
    5. URUSAN PENTADBIRAN PRASEKOLAH – KERANI
    6. MEMBIMBING MURID BELAJAR – PENGASUH / PENGAJAR
    7. TUGAS-TUGAS LAIN YANG DIARAHKAN OLEH GURU BESAR ATAU PIHAK PENTADBIR SEKOLAH.

    bagi sesiapa yang pernah mengantikan tugas kami di prasekolah banyak yang mengeluh dan mengatakan bahawa tidak sanggup menjadi PPM prasekolah. bagi yang berbahagia dato seri, tegak kanlah hak kami sebagai PPM PRASEKOLAH. amin…

  14. salam dan selamat sejahtera….

    tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua PPM prasekolah…
    jasa mu tetap dikenang smpi bila2…

    bekerjalah dengan ikhlas, supaya semua tugas dapat dijalankan dengan baik dan sempurna…

  15. Terima kasih semua. saya pun ppm jg. sebenarnya perasaan saya sm spt anda smua. kadangkala saya fikir kerja kita ni adalah seperti pembantu rumah dr indonesia. begitulah kerjanya dan begitulah gajinya. saya tahan perasaan tu saya harapkan bukan begitu, nk perjuangkan kita boleh, tp tak jg boleh. Mmg begitulah keja kita tp orang dan guru yang pandang kita lain. Nk kita sabar pun sampai pencen la jdnya. Mungkin dorang tertanya2 apa lg keja yg kamu nk dlm ppm ni sb gitu la kejanya. bila guru bercuti atau kursus sampai brp hari kita ni dorang tk pandang. keja dia kita kena buat trmasuk mgajar. 2 dalam sekali. bila nk masak bila nk jg budk kat dalam?bila kita cuti sehari cuba tengok esok bersih ka tidak sapu ka tidak? gitu juga bentuknya. nk kerjasama payah. saya buat masuk kiri kluar kanan tp hati mcmna?. Tak tau la jawatan N22 tu apa, barangkali bersihkan bangunan pra mungkin. saya tahu tidak smua kena begitu, tapi kebnyakan adalah begitu.kalau dah kursus dpt berjumpa ngan ppm lain, takde lain cerita ttp sama. Saya terasa jg klu ada majlis sklh, jwtn yang dibagi mesti membantu akak pembersihan membersihkan sekolah. ada guru ppm tu mgadu keja dia pun byk jugk,tulis buku rph 3 helai sehari. keja kita myapu je. tp tk tau ke myapu tu luasnya mcmna brp minit? piring yg kau cuci byk mana, mgemas lg. pulang rumah itu jg yg kena buat. klu guru dh terasa ppmnya dh over dr guru, itu mgkn dh paras menunjuk perasaan tk terkwl la tu. saya rasa jwtn kita ni patut dinaiktarafkan namanya. guru DG27 ke DG22 ke. guru yg berkelulusan spm.saya tk kisah msk maktab.Jd tk le ada yg bermasam muka.

  16. assalamualaikum..saya juga seorang ppm prasekolah yang dah berkhidmat lebih 3 tahun, saya rasa agak terkilan juga dengan satu perkara yang berlaku dalam pentadbiran sekolah, bila ada kelas ganti kami kena datang ke kelas seperti guru-guru juga tapi bila cuti untuk kelas ganti tersebut kami kena datang sekolah seperti kerani sedangkan kerani tidak datang bertugas pada hari kelas ganti dan bidang tugas kami tidak sama, cuti peristiwa pun kami kena datang bertugas contohnya cuti peristiwa sempena sukan sekolah kami ppm juga terlibat dalam pengurusan murid pada masa tersebut tapi kami tidak boleh ambil cuti peristiwa saya rasa agak keliru tlg sesiapa boleh jelaskan hal ini.

    • Sy prnh mengalami situasi ini. saya buat surat bertulis kpd guru besar meminta jasa baik dn membuat perhatian akan situasi itu, ini adalah budibicara guru besar. dan selalunya ia adalah salah satu.. jika keje dpt ganti. tidak kira bl ganti itu diambil, rekodkan cuti ganti aatau cuti peristiwa..

  17. Inilah kerjaya mulia yang tdk dipandang tinggi oleh orang atasan.Terpaksa berdepan dengan kerenah guru lagi..sementelah lagi dipandang hina oleh sesetengah org yg mmenganggap PPM adalah kerja tukang masak n mengasuh budak2 jer..PPM pun manusia jgk ada hati dan perasaan serta semangat untuk belajar ke paras yang lebih tinggi lagi..walhal mereka ni lebih berpengalaman daripada cikgu pra itu sendiri.kalau dah ada ijazah ke master ke dikatakan over drp cikgu plk.Kenapa KPM tidak meninjau nasib kami ini sebagai PPM untuk maju kehadapan dan mencapai impian mereka sendiri..

  18. saya juga baru tujuh bulan menjadi ppm dengan harapan inlah laluan untuk saya menjadi pendidik. saya tertanya tanya mengapa ppm pendidikannkhas diberi elaun khas sedangkan bdg kerja ppm prasekolah lebih banyak ………tak semua pendidikan khas kanak-kanaknya dalam bidang oku. seperti disekolah saya hanya 6 orang murid orang asli sahaja yang lambat pembelajaran…. dimana beban kerja yang terpaksa ppm pendidikan khas tanggung atau kerja ppm pra sekolah yang saya lakukan yang melayakkan menerima elaun khas itu…..sekolah memang seronok tetapi jarak sekolah yang jauh pendalaman dengan tiada elaun pendalaman sekalipun kadang-kadang sangat menguji ppm seperti saya…..renung-renugkanlah…

  19. Ya Betul3x..Saya setuju..dulu semasa Guru Prasekolah kami berpindah..semua guru2x lain enggan memberi kerjasama untuk di tarik masuk mengajar prasekolah.Akhirnya,seorang guru lepasan KPLI dipaksa rela untuk mengajar..tetapi..saya tidak berpuas hati kerana guru tersebut seolah-olah tidak faham tentang tugas PPM yang sepatut nya memasak.memandangkan sekolah kami adalah jenis sekolah mubaligh,maka kami hanya menumpang di bilik mesyuarat untuk murid belajar,manakala memasak pula menumpang di bilik RMT.Jadi,sepatut nya guru tersebut kene faham..kerja seperti itu memerlukan masa yang lama.memasak-hantar ke pra-kemas semula-balik semula ke RMT-basuh pinggan(untuk digunakan oleh murid RMT).jd,guru tersebut hingga tidak bertegur sapa dengan saya kerana tidak membantu nya di dalam kelas.Sejujurnya..saya berusaha untuk melaksanaknan kerja2x saya itu secepatnya.kerana saya tahu tugas saya.saya merasakan diri saya seperti orang gaji guru tersebut kerana dia hanya tahu mengarah.Setahu saya tugas PPM ada lah MEMBANTU GURU.

  20. PPM ke guru ke sama je…..yang penting keikhlasan untuk mendidik anak-anak. Dulu saya baik sgt dgn PPM saya…semua buat sama2,anak-anak pun panggil cikgu kat dua2 kami…tapi lepas tu dia jadi terover pulak.Satu hari selisih faham dia blah mcm tu je sewaktu konvo anak2 pra….nasib parent tolong….lepah tu hubungan kami tak baik langsung,nak kerja pun tak seronok….lama2 seronok pulak kalau dia ambik cuti! Tapi bagi PPM yang betul2 komited dengan tugasnya saya ucapkan syabas sangat2….sabarlah rezeki ada di mana2.

  21. sepatutnya pengalaman lebih penting,saya juga skrg menjawat jwtn ppm,saya pernah menjadi gstt,dan seperti kes yg sama pernah berkali2 mintak kpli dan dpli ttp tidak pernah dipanggil temuduga.Tujuan saya minta ppm agar boleh jd laluan tuk jadi guru…tapi bila bc artikel dan komen ni saya takut tuk meneruskan tugas ini,,..baik jadi guru di sekolah swasta.Harap suatu hari KPM dpt membuat kajian agar ppm yg ada ijazah boleh juga diserap jd guru tetap melalui KDC.

  22. Assalamualaikum
    Nasib kami PPM Prasekolah…..
    saya amat bersyukur atas jawatan yang diberi….
    namun mengapa kami seperti dianaktirikan…
    mengapa kami tidak layak untuk mengambil kursus pendidikan…
    dan lebih menyedihkan ..kami tidak diberi elaun seperti pembantu pengurusan yang lain sedangkan kerja yang kami buat rasanya lebih memenatkan dari mereka yang lain
    kami menjaga 25 orang murid dalam setiap kelas,dari pennyediaan makanan,kerja-kerja pengkeranian ,kebersihan dalam kelas,kerja-kerja membersihkan kawasan luar kelas,longkang semuanya dibawah tanggungjawab kami.mengapa kami tidak layak mendapatkan elaun yang telah diberikan kepada pembantu pengurusan murid pendidikan khas…..kami telah lama berdiam….bantulah kami untuk mendapatkan hak kami…kerajaan telah mengangkat pendidikan prasekolah ke suatu tahap yang membanggakan ,jadi mengapa kami hanya dipandang sebelah mata oleh sebahagian pihak…wajarkah kami dibuat begitu….dengan hati yang cekal kami mengerah tenaga membantu guru menjadikan anak-anak ini permata….mereka permata negara…dari air tangan kami mereka makan….mereka membesar….

  23. salam,….

    Susan saya mat bersetuju dengan anda….PPM layak cuti 20 hari setahun,cikgu 7 hari setahun…..cikgu KPLI (lelaki) mengunkit kat saya semasa saya cuti tak de sapa yang nak jaga murid…sedangkan cuti saya GB dah luluskan…pastu murid yg perlu diberi perhatian khas hanya 2 org…tu pun cikgu pendidikan khas dah ada 2 orang…huh…saya mmg tak boleh terima cikgu tu boleh mengungkit pasal cuti…….

    Mmg cikgu2 ni selalu kata tak nak mengajar pendidikan khas sebab KPLI ni dia terpaksa amik……kepada KPM tolonglah berhati-hati dan lebih perihatin terhadap pengambilan guru2 kpli ni…cuba tanya mereka nak tak basuh berak…cuci tandas….makan bersama budak pendidikan khas yg tak reti telan air liur…….mereka bab makan cepat sebab alasan nanti nak makan bersama budak…tapi tak pernah pun mereka makan bersama pelajar………..cikgu2 ni dapat elaun tapi bila masuk kelas merungut budak ni tak nak belajar…macamana nak belajar bukan guru ke yang patut tarik perhatian pelajar supaya timbul mint belajat…….murid baru 2 orang dah merungut macam kena ajar murid pendidikan khas seramai 20 orang………..saya tension sungguh bekerja dgn guru2 yang macam ni……KPM tolonglah ambil tindakan….

    Terima kasih…

  24. saya sokong kalian semua…terima kasih kerana prihatin kepada PPM. saya telah menelan pahit maung sebagai PPM Prasekolah selama 5 tahun dan selamamya kot…saya telah merasa dari susah ke senang menjadi PPM. Meredah sungai,hutan tinggal d rumah yang dah berusia lebih 30 tahun…kalian bayangkanlah. Tapi saya tetap tabah menjalankan tugas…sehingga mengandung tanpa suami di sisi,tetapi kini saya bersyukur sudah dipindahkan ke sekolah yang sama dengan suami mengajar. lebih 3 tahun berjauhan dengan keluarga baru saya dapat dipindahkan. Tugas sbg PPM selalunya dipandang enteng..mungkin cuma dianggap tukang cuci taik budak di sekolah..tapi ingatlah, kami ni juga salah satu tulang belakang sekolah. Saya terkilan kenapa kami ini tidak diberi peluang seperti guru…dapat melanjutkan pelajaran mereka melalui program KDP 14 minggu. Mengapa kami tidak diberi peluang begitu?jauh di sudut hati kami juga ingin menjadi pendidik setelah tiap hari bersama murid..saya merasakan murid lebih rapat dengan PPM daripada guru, mungkin kerana kimi ini wanita yang bersifat keibuan…eh,tak taulah kenapa. saya lulusan STPM(lulusan cemerlang)dan lebih 1 tahun menjadi guru pengganti(sebelum jadi PPM) kenapa orang seperti kami ni tidak diserap menjadi guru tetap seperti apa yang kerajaan hendak lakukan terhadap GSTT sekarang? fikir-fikirkanlah…kami juga manusia, yang ingin menggunakan topi empat segi dan membanggakan keluarga kami..untuk anak-anakku di sekolah…IBU SAYANGKAN KAMU..

  25. salam..ada pro & cons ke atas tiap2 komen yg diberi..Dihrp isu b’kenaan PPM ini akan terus di bincangkan,& m’dpt penyelesaian t’baik bg semua pihak.krn skim jwtn ini seringkali di salah ertikan oleh pihak lain cth hanya krn gred N17 ia di pandang enteng & di tafsirkan sbgai pembantu tadbir, malah ada juga yg m’jlkan tugas lebih dr itu spt b’tugas di kedai buku, m’jalankan tugas PAR/PAP dsb.. mngkin ada baiknya jika skim ini di tukar ke P17 atau lain2 selain “N”, spt mana gred C17, FT 17, & S17 yg tidak perlu gusar tntg isu keliru identiti ini..ada baiknya juga KPM memberi ruang kpd PPM yg benar2 b’kelayakan menyertai KPLI, sekaligus mberi ruang kpd mrk membuktikan kesungguhan & kemampuan utk b’khidmat sbgai pendidik..skim ini cuma mempunyai gred 17 & 22..dgn memberi ruang kpd PPM ini menyertai KPLI,& seumpamyanya sekurang2nya taraf perkerjaan mereka dpt di tingkatkan & tdk terhenti di situ sedangkan mereka juga layak/mampu memikul tugas sebagai guru, selain sbgai menggantikan KPSL (kenaikan pangkat secara lantikan) yg tdk ditawarkkan kepada mrk utk ke gred jwtn y lebih cemerlang.
    .atau sekurang2nya KPM dpt mempertimbangkan utk PPM menyambung pengajian / mengikuti mana2 program latihan peringkat lepasan diploma mahupun ijazah.. “khas utk PPM mengejar cita2 sebagai guru (PRA, integrasi)”..dengan mengambil mrk y berpengalaman KPM dpt menjimatkan kos latihan, kursus krn mrk telah menerima byk latihan amali & praktikal semasa berkhidmat sbg PPM.

  26. Untuk keadilan, KPLI sepatutnye tidak boleh langsung diwujudkan kerana pada saya cikgu2 KPLI ni bukannya ada minat yang mendalam untuk mengajar murid, asal dapat gaji. Macam mane murid nak pandai, kalau cikgu tu cume 1 tahun saja masuk maktab? yang cikgu pra ni pula, garang2 macam singa. terencat otak budak yang baru masuk alam persekolahan. Itu KPM tak ambil kira. Yang peliknya, kenapa cikgu pra yang garang2 ni banyak dari golongan yang belum kahwin? ape agaknya yang di ajar dalam maktab untuk opsyen prasekolah? akhirnya, yang jadi mangsa PPM la…

  27. Saya sokong Susan. kadangkala ppm boleh kontrol kelas walaupun cuma dia seorang yang handle. Cuba bagi sesetengah cikgu handle sorang-sorang. Kelam-kabut cikgu tu. Kata PPM tak dibenarkan mengajar. Kalau seharian takda cikgu nak sit in takkan biarkan budak main je. Kalau PPM pula takda murid-murid makan simple-simple je atau kena bawak bekal sendiri sebab cikgu tak pandai nak masak banyak, tak nak basuh banyak pinggan dan kalau boleh tak nak basuh lepas murid buang air besar. Fikir-fikirkanlah KPM. PPM pun memang tak ramai belajar sampai universiti tapi mereka juga bukan baru dalam kerja seperti ini. Kebanyakan PPM pernah berkhidmat di tadika swasta dan pernah jadi guru sandaran.

  28. kepada pembaca, jika semua kategori di atas dihitamkan semata-mata untuk memilih seorang guru yang berkualiti saya rasa itu belum cukup lagi kerana sebagai seorang pegawai walaupun kita telah dianugerahkan sebagai seorang yg berpendidikan tinggi tidak semestinya semua tugas-tugas yg diamanAhkan akan ditanggung dengan sebaik yang munkin..hal ini adalah kerana belambak guru-guru yang diluar sana bertugas semata-mata untuk gaji hujung bulan tapi bukan kerana komitmen mereka terhadap tugas dan amanah.malah ada daripada calon-calon kpli yang berjaya memilih untuk menjadi guru semata-mata kerana KPLI adalah pilihan mereka yang terakhir kerana sudah tidak ada jawatan lain mahu menerima mereka ataupun keranan mereka mengejar usia!Adilkah pemilihan begitu…??????untuk apa ibubapa menghantar anak2 mereka ke sekolah??supaya anak2 mendapat ilmu dan pelajaran yang berkualiti bukan melihat cikgu bersms atau berfacebook!!!terang sekali saya nyatakan disini jawatan sebagai ppm jika seseorang itu menjawat selama beberapa tahun, berkemugkinan ppm tersebut boleh mengajar murid2 lebih bagus daripada cikgu.ramai cikgu2 diluar sana sekadar melepas batuk ditangga.PEMBANTU PENGURUSAN MURID HANYA MENJADI LEMBU DITARIK HIDUNG!!!PATUTKAH BERLAKU SEDEMIKIAN…

    • Salam saya pun salah serng ppm kt n9,mslah kta smua sama,bab cuti,lgi satu bab penarafan bntang, kalu bntang kelas xnaik salahkan ppm.tlng beritahu saya mcmna nak tukar jawatan saya dah 6 tahun jadi ppm,dah xseronok jdi ppm,bila danaktirikan

      • boleh tuka ke if da masok ? kalau leh tuka, sy akan terima jawatan ni. hmm. sgt2 takot lepas bace sume ni

Leave a reply to nani Cancel reply